Islam is Universal, Islam for all!!!

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Sunday, January 31, 2010

Titian Kasih di Kampung Bantayan






Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya terlaksanalah program Titian Kasih di Kg. Bantayan, Tamparuli anjuran Kelab Remaja Ukhuwah cawangan Tuaran (KRU Tuaran) dengan kerjasama Persatuan Siswazah Sabah (PSS) pada 23 Jan 2010 lalu.
Program mula jam 8.30am sepatutnya, 8am kehadiran peserta. Setibanya di tapak program pada jam 8.30am, peserta yang sampai cuma 2 orang adik muslimat.
"Tut..tut.." Penceramah undangan mesej. "Program mula ndak jugak tepat jam 8 ba kan?" Lalu ku balas mesejnya, "ya, mula dekat jam 9 am cam 2 la." Lalu saya dan Sofia (wakil KRU Tuaran) pun mengambil keputusan pergi rumah ke rumah yang berdekatan untuk mengundang mereka ke surau. Ish3, ada yang baru pegang berus gigi dan tuala di bahu. Fikir dalam hatiku, "patutlah xda orang yang datang, rupanya masih belum bangun la plak. Patutlah kawasan sekitar kampung sunyi ja." Dalam perjalanan kami terserempak dengan pengerusi surau memegang parang, agakku dari menebas mungkin. Sofia tegur, "asslamualaikum pak cik." pak cik menjawab "wa'alaikummusalam, program mula dah?" "Oh, belum lagi. Belum ramai yang datang. Jemputlah ke surau." "Oh, bah." Lalu pak cik berlalu begitu sahaja.
Dekat jam 9am, kami kembali ke surau Al-Falah yang berwarna hijau menyalah. Penceramah pun dah sampai. Peserta pun ramai yang dah datang (ramai dari 2 muslimat tadi). Program pun bermula dengan kuliah dasar yang bertajuk Recipe To Be an Exellent Muslim yang disampaikan oleh penceramah dari PSS, akhun Nadir.
Program tamat dekat jam 12 pm seperti yang telah dirancang dalam tentatif. Walaupun peserta tidak seramai mana yang diharapkan, kami tetap berpuas hati kerana dakwah terlaksana di Kampung Bantayan. Semoga Islam kekal subur di bumi Bantayan.