Islam is Universal, Islam for all!!!

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Wednesday, February 17, 2010

Elak Sambut Valentine s Day





Perayaan Hari Kekasih atau Valentine s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyan yang banyak mengupas dan menayangkan filem ataupun iklan yang bertemakan perayaan tersebut.
Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media masa samada media cetak mahupun elektronik.Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang , yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dicintai atau dikasihi.
menurut sejarah, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang pederi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine.
Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, HAri Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagaihari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewiRom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta itu, nama-nama gagis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.
Pendapat kedua menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius 2. Pada waktu itu, raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat ini, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan oranag-orang Kristian dengan pasangan mereka. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan pepasrahan dalam menhadapi cubaan hidup, maka 14 Februaridijadikan sebagai upacara keagamaan.
Manakala pendapat ketigamengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St.Valentine merupakan seorang paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu Isabella menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Sejarah jelas membuktikan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Ini sekaligusbercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identity atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal yang melibatkan aqidah Islam.
Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan umat yang lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain.

"Katakanlah (wahai Muhammad: Hai orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku." (al-kafirun ayat 1-6)

"Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia ditolak"
Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Wednesday, February 10, 2010



UCAPAN ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum wahai pengunjung-pengunjung setia blog, hari nie saya hendak kongsikan tentang ucapan Alhamdulillah(segala puji bagi Allah) yang sering digunakan olah masyarakat muslim. Terkadang orang non-muslim pun menggunakan perkataan tersebut untuk menunjukkan tanda syukur mereka kepada Tuhan di atas pemberian rezeki, kesejahteraan, kemewahan, kesihatan, kecantikan yang telah diberi pinjam kepada mereka.

Tapi yang peliknya hari ini artis-artis beragama Islam juga mengucapkan Alhamdulillah di atas kejayaan dalam kerjaya mereka. Dengan aurat yang terdedah di sini-sana, bukan setakat pakaian tapi juga suara. Wang yang mereka peroleh hasil daripada pekerjaan mereka memang halal tapi hasil perbuatan daripada kerja mereka haram dan berdosa di sisi Allah. Maka wang yang diperoleh mereka itu tidak mendapat berkat, tidak mendapat pahala, dan memberi kesan negatif kepada diri individu itu sendiri.

Rasa bersalah langsung tidak menghantui diri mereka. Yang lebih dasyat lagi orang muslim yang membeli nombor ekor juga mengucapkan parkataan Alhamdulillah satelah nombor mereka mengena. "Alhamdulillah, ini adalah tuahku". Mereka berani mengucapkan perkataan Alhamdulillah di atas kedustaan yang telah mereka lakukan. Ish,ish,ish. Tak patut, tak patut.

Bukan saya nak memburuk-burukkan nama mulia Islam tapi sekadar memberi kesedaran kepada diri, anda semua(umat Islam), dan sebagai peringatan kepada diri sendiri. Hiburan dalam Islam bukan tidak dibenarkan namun wajib bagi kita mematuhi batas-batas yang telah ditetapkan syarak.

Syarat-syarat berhibur dalam Islam:
  1. Mestilah menjaga aurat
  2. menjaga waktu solat dan tidak melengah-lengah waktu solat
  3. Menjaga ikhtilat(batas pergaulan dengan yang bukan muhrim)
  4. Hiburan tersebut hendaklah berunsurkan keuhanan
  5. Tidak melalak-lalakkan suara
  6. Hiburan yang tidak menggugat akidah, mensyirikkan Allah(memuja orang)

Sesungguhnya Islam itu indah, janganlah kita merosakkan keindahan Islam itu dengan melanggar batas-batas yang telah ditetapkan syariah. Renung-renungkan.. Semoga Islam kekal subur di bumi Malaysia(khususnya).

Saturday, February 6, 2010



Buka Hati, Buka Minda....

Keranamu kami mendakap tuah, keranamu kami bebas merdeka, keranamu kami......
Siapa tidak tahu lagu tu kan, budak kecik umur 3 tahun pun dapat hafal. Lagu patriotik ni pernah popular pada 3-4 tahun yang lalu. Agak-agaknya hampir seluruh rakyat malaysia hafal lagu ni tak kira golongan muda mahupun tua. Tapi pernahkah kita terfikir makna lagu ni???
Dalam lirik lagu ni menyatakan karana Malaysialah kita(rakyat malaysia) bebas merdeka, kerana Malaysialah kita dapat menikmati hidup yang aman damai dan sentosa, dan kerana Malaysialah kita mendakap tuah... dll lagi la.
Tanpa kita sedar lagu yang sering berkumandang di tv, radio mahupun dari mulut kita sendiri boleh membawa kita kepada kekufuran malah mensyirikkan Allah, Tuhan sekalian alam. Kerana kita tahu hanya Allahlah yang mentadbir suluruh alam ini, maka hanya kerana Allahlah kita dapat menikmati kehidupan yang aman damai di negara Malaysia. Oleh itu hanya Allah sahajalah yang layak dipuji dan diagung-agungkan.
Buka minda, buka hati... Mudah-mudahan kita sentiasa berada di jalan yang benar dan diredhai.