Islam is Universal, Islam for all!!!

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Tuesday, November 30, 2010

Nama Disebalik Rachel Corrie...

Rachel Corrie adalah seorang relawan perempuan asal Amerika yang peduli pada tragedi kemanusiaan di Palestina. Rachel Corrie (April 10, 1979-16 Maret 2003) adalah seorang anggota Gerakan Solidaritas Internasional (ISM) yang bepergian sebagai aktivis ke Jalur Gaza selama Intifadah Al-Aqsa.

Dari perjalanannya di Palestina, Corrie berkabar pada orang tuanya bagaimana kekejaman zionis Israel yang dia saksikan.Yang membuatnya sedih dan malu terutama karena pemerintahan negaranya Amerika Serikat turut mendukung semua kekejaman di Palestina.Di Catatan hariannya, Corrie menulis “Amerika tak mempesonaku lagi. Ia tak mampu memikatku lagi. Ia pudar dan terlipat di pinggiran pikiranku….” Menurutnya, Rachel Corrie juga ingin menegaskan bahwa masalah Palestina bukan hanya masalah dan beban bangsa Palestina semata tetapi juga tanggung jawab dan empati dunia manapun.

Rachel Corrie
rachel corrie



Mahkamah:

Saat-saat terakhir kematian Rachel Corrie yang dilanggar dan dihimpit hingga hancur oleh jentolak berat Israel, aktivitis keamanan dari Amerika Syarikat, diceritakan oleh rakan beliau sebagai saksi di Mahkamah Israel pada hari Rabu.

Ibu bapa Rachel Corrie yang menyaman kerajaan Israel akibat pembunuhan anak mereka, hadir pada sidang mahkamah tersebut dan mendengar sendiri bagaimana anak mereka dibunuh dengan kejamnya dimana kerajaan Israel langsung tidak mengutuk pembunuhan tersebut.

Richard Purssell, aktivitis keamanan Britain daripada kumpulan International Solidarity Movement (ISM) menceritakan bagaimana beliau melihat Rachel dilanggar dan diheret sejauh 4 meter oleh jentolak Israel dengan kelajuan pejalan kaki yang berjalan cepat.

Rachel Corrie
sumber : http://myusra74.blogspot.com/2010/06/siapa-rachel-corrie.html

<span>Perjuangan Sedunia untuk Palestin</span>

Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).

Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.

Rachel Corrie

Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.



Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yang keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.

Sebelum dilanggar


Selepas dilanggar


Menurut akhbar, Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.


Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yang menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru-paru kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.


sumber : http://fajridil.blogspot.com/2010/07/kapal-rachel-corrie-siapa-rachel-corrie.html

Saya ingin membawa sahabat-sahabat renung seketika.
Buka mata hati, buka minda!!! Bukan hanya hanyut bersama budiman zaman tetapi membawa diri...
Sedangkan orang non-muslim berjuang mempertahankan Palestin hingga ke titisan darah terakhir apatah lagi kita yang seagama dengan mereka di Palestin???


Wallahu'alam...


Saturday, November 13, 2010

Kamu Lupa Asah Kapak


Sampai satu tahap dalam kehidupan, selepas kita mengharunginya dengan penuh kesungguhan dan kegigihan, kita akn melanggar dinding kepenatan. Kita rasa seakan keletihan. Tiba-tiba hilang kekuatan. Kita lihat prestasi kita menurun. Kita nampak kualiti kita merendah. Tertanya-tanya kita akan sebabnya. Lantas kita melipat gandakan usaha, menambah amal, tetapi apa yang terjadi adalah penurunan. Turun dan semakin turun. Kenapa? Kerana kita lupa asah ‘kapak’ kita.



Kisah Si Pemotong Pokok

Terdapat seorang pemotong pokok, bersama kapaknya yang sangat tajam. Dia hendak bekerja mencari makan. Maka dia pergi bertemu dengan tuan kepada tanah yang dipenuhi banyak pokok. Tuan tanah itu memerlukan orang untuk menebang pokok.

Maka bermulalah kerjanya. Hari pertama dia berjaya menumbangkan 30 batang pokok. Dia memulakan hari keduanya dengan gembira, juga 30 batang pokok berjaya ditumbangkannya. Tuan tanah gembira. Pemotong pokok juga senang hati. Esoknya dia berjanji akan datang lagi. Namun perkara mengejutkan berlaku pada hari ketiga. Dia hanya mampu memotong 20 batang pokok sahaja.
Si pemotong kehairanan, dia tidak merasa staminanya menurun. Maka dia berkata kepada tuan tanah esok saya akan potong banyak lagi. Dia berazam melipat gandakan usaha. Namun, hari keempat, dia hanya mampu memotong 10 batang pokok. Lebih sedikit dari hari ke-3. Walaupun dia telah berusaha lebih kuat dia tidak senang dengan prestasinya. Maka sekali lagi dia berjanji dengan tuan tanah. Esok, saya akan memperbaiki prestasi saya.

Pada hari ke-5, dia bermati-matian berusaha. Namun dia hanya mampu menebang lima batang pokok sahaja. Dia menangis di akhir hari itu. Menghentam-hentam dirinya dengan pertanyaan kenapa? Tuan tanah yang melihat si pemotong itu pun datang mendekatinya dan bertanya apakah kamu mengasah kapak itu? Ketika itu si pemotong tersentak. Ya, dia tidak mengasah kapaknya!

 
Kapak Dalam Kehidupan Kita

Di dalam kehidupan kita, kapak dalam cerita tadi boleh didefinisikan sebagai daya keimanan. Sampai satu tahap, selepas mengharungi pelbagai jenis cabaran dan dugaan, akan muncul satu dugaan di dalam kehidupan kita. Itulah dia dugaan rasa penat, rasa lemah, rasa tak bermaya untuk melaksanakan kerja.
Kita perasan akan masalah ini apabila ia berlaku. Tetapi biasanya langkah penyelesaian yang diambil oleh kita adalah silap. Kita biasanya akan bertindak untuk melipat gandakan usaha, menambah lagi berat atas kehidupan kita dan sebagainya. Kita terlupa untuk melihat punca sebenarnya. Daya keimanan. Apakah sumbar daya itu kita lihat kembali.


Kenapa tidak lagi membaca al-Quran dengan banyak? Kenapa tidak mampu lagi solat dengan kusyuk? Kenapa tidak mampu lagi menundukkan pandangan? Kenapa tidak mampu lagi istiqamah atas kebaikan? Kenapa rasa tidak mampu memikul kebaikan sepanjang amalan kehidupan?
Kerana daya keimanan kita menumpul. Yang menolak manusia, hamba kepada Allah SWT untuk kekal taat kepadaNya yang Ghaib itu, untuk mengejar pahala pemberianNya yang tidak kelihatan itu, hanyalah dengan keimanan. Apabila keimanan menumpul, maka kekuatan untuk beramal juga menurun.

 
Menghidupkan Daya Keimanan

Sekiranya kita perasan akan hal ini, penurunan kualitidan prestasi kita sebagai hamba Allah SWT, maka langkah untuk menghidupkan keimanan itu perlu diambil. Antara yang utama adalah kembali memerhatikan hubungan dengan Allah SWT. Muhasabah dan membuat pengisian. Sebab itu, kata-kata yang masyhur daripada sahabat rasulullah SAW, antaranya adalah: “Mari duduk sebentar dan beriman”.
Bukanlah beriman itu sebentar sahaja. Tetapi dalam waktu yang sebentar itu, keimanan itu di‘recharge’ kembali untuk dibawa mengalir pada segenap kehidupan, segenap kerja dan amalan. Sebab itu, kadang-kala jiwa ini perlu kembali di‘recharge’. Perlu wujud tempat perhentian untuk kita mengambil ‘bekalan’.
Antara cara lain adalah duduk bersama rakan-rakan yang soleh solehah, lakukan program bersama seperti solat Subuh berjemaah, Qiamullail bersama, dalam kadar yang sederhana seperti seminggu atau dua minggu sekali. Berziarah bertemu mereka juga satu bentuk tambahan kekuatan.



 
Maka Perhatikan Kapak Kalian

Dalam hidup kita, kita perlu menebas jahiliah. Apabila hendak beramal kita perlu menebas kemalasan, hasutan, godaan dan sebagainya. Hendak taat kepada Allah, kita perlu menebas syaitan dan cinta kepada hawa nafsu. Kita memerlukan kapak kita. Justeru, jangan kita lupa mengasahnya. Kekuatan tidak akan terbina dengan tiba-tiba pasti ada sumbernya. Maka bila kekuatan kita punya masalah, maka lihatlah akan sumbernya. Jangan biarkan rawatannya terlewat, nanti diri sendiri akan merana.


Wallahualam..