Islam is Universal, Islam for all!!!

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Sunday, September 25, 2011

Kekasih Agung sedang cemburu...

Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita. Maha suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan. Cemburu Allah ialah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya. Dia tidak memerlukan kita. Dia tidak luak dengan kelalaian kita. Tidak terjejas tanpa cinta kita. Tapi kita? Keperluan kita kepada cinta-Nya lebih penting daripada kita memerlukan makanan minuman atau oksigen.

Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua. Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana Dia sayangkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yang tidak pernah mengenal kecewa. Inilah hakikat cinta teragung. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencinainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah.” (Surah Al-Baqarah:165)

Cinta-Nya cinta utama. Cinta-Nya membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yang Maha Besar untuk menyelesaikannya. Cinta-Nya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mempunya kerajaan langit dan bumi bersama kita. Cinta-Nya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hamba-Nya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.


Bila Kita Tidak Kisah
Apabila kita tdak ambil kisahtetang kecemburuan Allah s.w.t., mengagungkan makhluk selain dari-Nya, bimbang cinta Kekasih Agung akan meninggalkan kita. Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita daaripada jalan-jalanmenuju hidayah, menuju ke syurga. Apabila Allah s.w.t. memisahkan kita daripada kebaikan-kebaikan, maka apa ertinya hidup kita ini lagi? Lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan “rasa” yang boleh menyelamatkan hidup kita. Ketika itu, kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil suatu keputusan bijak.

Friday, March 4, 2011

Kehijauan Alam...


Jom kita renung sebentar alam ciptaan Allah rabbul aalamin...

MasyaAllah, indahnya hijau itu!!!

Ada apa dengan hijau daun?
Kenapa daun diciptakan warnanya hijau?
Pernahkah kita berfikir keindahan warna hijau yang Allah anugerahkan???

Publish Post

Saturday, January 29, 2011

YVONNE RIDLEY

Yvonne Ridley
Yvonne Ridley adalah seorang wartawan Daily Express di Britain. Beliau telah dilahirkan dalam keluarga Protestant dan menyanyi di sekolah Hari Sunday di kampungnya di Utara England. Beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang Is...lam kecuali cerita yang mengatakan bahawa Islam menindas wanita, penuh dengan kejahatan dan agama yang ganas. Vyonne Ridley telah masuk ke Afghanistan secara tidak sah lalu ditangkap oleh Taliban. Semasa berada di dalam tahanan Taliban, Ridley berfikir yang bukan-bukan tentang Taliban dan menunggu sahaja saat dia akan dikerjakan oleh Taliban yang sangat ganas ini seperti yang dibayangkan oleh Presiden Bush.

Menurut Ridley orang yang paling beliau ingin temui ialah Mullah Omar. Beliau ingin bertanya kepada Mullah Omar mengapa mereka melayan wanita-wanita Islam dengan buruk sekali. Seorang Taliban telah bertanya kepadanya sama ada beliau mahu memeluk Islam atau tidak. Ridley tidak menjawab pertanyaan tersebut tetapi sebaliknya berjanji sekiranya beliau dibebaskan beliau akan mempelajari agama Islam. Setelah dibebaskan beliau telah membaca al-Qur`an dan ingin mengetahui bagaimana pandangan al-Qur`an tentang wanita.

Pandangan Ridley Tentang Wanita Dalam Islam dan Barat

Menurut Ridley, dalam usahanya untuk mempelajari tentang Islam, beliau terlebih dahulu mengkaji kenyataan al-Qur`an tentang wanita termasuk undang-undang pemilikan harta dan hukum-hukum penceraian. Menurut Ridley beliau "tercengang" apabila membaca al-Qur`an dan berfikir beliau sedang membaca satu undang-undang yang ditulis oleh peguam penceraian dan Hollywood. Beliau sangat gembira kerana dalam al-Qur`an wanita-wanita mempunyai hak yang sama dalam pendidikan dan kerohanian tetapi al-Qur`an juga mengiktiraf beban tambahan yang ditanggung oleh wanita dalam melahirkan anak, dan menyusukan anak.

Menurut Ridley, pristiwa 11 September 2001 di mana serangan dilakukan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York dan Pentagon yang dikaitkan dengan "Pengganas Islam" telah menyebabkan perkara terbaik dan terburuk bagi Islam. Selepas peristiwa tersebut ramai masyarakat Britain seperti beliau membaca al-Qur`an dan manuskrip Islam untuk mencari surah mana yang menyuruh umatnya mengganas. Menurut jawapan yang dicari mereka tidak ditemui tetapi sebaliknya mereka menemui banyak ajaran mulia seperti kehidupan kekeluargaan yang kini sudah tidak wujud di Barat. Ini menyebabkan Islam menjadi agama yang paling cepat berkembang dan inilah yang menyebabkan negara-negara bimbang. Dalam mengulas tentang al-Qur`an beliau menyatakan bahawa al-Qur`an merupakan satu rujukan yang cukup lengkap dan canggih.

Kini Yvonne Ridley telah pun menganut agama Islam dan menjadi seorang tokoh pejuang hak asasi manusia. Beliau juga bergiat dalam arena politik dengan menyertai dan bertanding dalam pilihanraya dalam sebuah parti baru yang bernama Respect. Dalam memperjuangkan Islam, beliau pernah berkata bahawa beliau pernah merasai keadaan yang terburuk menimpa dirinya dan menganggap cabaran yang beliau hadapi sebagai seorang wanita Islam yang menutup aurat sebagai kecil sahaja.