Islam is Universal, Islam for all!!!

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Sunday, September 25, 2011

Kekasih Agung sedang cemburu...

Kecemburuan Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan atau Dia memerlukan kita. Maha suci Allah daripada sebarang sifat kekurangan. Cemburu Allah ialah tanda besarnya cinta Yang Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-Nya. Dia tidak memerlukan kita. Dia tidak luak dengan kelalaian kita. Tidak terjejas tanpa cinta kita. Tapi kita? Keperluan kita kepada cinta-Nya lebih penting daripada kita memerlukan makanan minuman atau oksigen.

Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua. Dia cemburukan hati kita yang meletakkan cinta lain lebih agung daripada-Nya kerana Dia sayangkan kita. Dia tidak mahu kita menempah jalan sengsara. Dia menawarkan cinta yang tidak pernah mengenal kecewa. Inilah hakikat cinta teragung. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan antara manusia ada yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencinainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang yang beriman lebih besar kecintaannya kepada Allah.” (Surah Al-Baqarah:165)

Cinta-Nya cinta utama. Cinta-Nya membuatkan semua masalah besar terasa kecil kerana kita ada Allah yang Maha Besar untuk menyelesaikannya. Cinta-Nya membuatkan kita berasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mempunya kerajaan langit dan bumi bersama kita. Cinta-Nya membuatkan hidup kita mulia kerana merasakan diri kita hanya hamba-Nya, tidak boleh diperhambakan oleh sesama manusia.


Bila Kita Tidak Kisah
Apabila kita tdak ambil kisahtetang kecemburuan Allah s.w.t., mengagungkan makhluk selain dari-Nya, bimbang cinta Kekasih Agung akan meninggalkan kita. Azab Allah yang amat berat di dunia ialah apabila Dia memisahkan kita daaripada jalan-jalanmenuju hidayah, menuju ke syurga. Apabila Allah s.w.t. memisahkan kita daripada kebaikan-kebaikan, maka apa ertinya hidup kita ini lagi? Lebih menakutkan apabila Allah menghilangkan “rasa” yang boleh menyelamatkan hidup kita. Ketika itu, kita biasanya hilang pertimbangan yang wajar dalam mengambil suatu keputusan bijak.