Suatu hari, sewaktu ditanyakan akan para sahabat oleh as-syeikh Al-Imam Hassan Al-Banna.
"wahai sahabat-sahabatku, rasanya siapakah orang yang paling aku sayangi?"
Maka sahabat as-syeikh pun menjawab "semestinya engkau menyayangi isterimu" ada yang menjawab "mesti engkau menyayangi anak-anakmu" ada pula yang berkata "mesti engkau sayangi murid-muridmu".
Lantas as-syeikh Al-Imam Hassan Al-Banna menjawab
"ya! semua itu mmg aku sayangi, namun yang paling aku sayangi adalah para sahabatku, kerana dengan adanya kalian aku merasakan tidak bersendirian di atas jalan juang ini".
Para sahabat pun berasa terharu dgn ucapan as-syeikh Imam Hassan Al-Banna.
Kita ini lemah jika bersendirian. Kita kuat apabila berjamaah, kita tabah apabila berjamaah & kita bahagia bilamana berjamaah.
Islam is Universal, Islam for all!!!
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7
Thursday, January 16, 2014
Friday, November 1, 2013
Kemenangan yang Tertangguh
Dengan nama Allah yang Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam atas junjungan besar kekasih kita nabi Muhammad S.A.W. kekasih agung yang dirindui tiap detik dan waktu.
Hari ini 31 Oktober 2013 bersamaan 26 ZulHijjah 1434 H Khamis, telah berlangsungnya proses buangan undi bagi mahasiswa & mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2013/2014. Keputusan keseluruhan bagi kampus induk Kota Kinabalu telahpun diumumkan selepas waktu maghrib tadi. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah, Allah memberi kami 4 pintu gerbang kepada perjuangan seterusnya.
Walaupun diskriminasi agen-agen kami yang tidak dibenarkan masuk. Tidak mengapa, kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat atas tiap-tiap sesuatu. Sedangkan rakib & atid juga tidakkan pernah berhenti mencatat segalanya. Yang berlalu biarlah berlalu, namun kami tidakkan goyah kerana semua itu. Kami tahu itu semua auta, kerana kami bukan lagi anak-anak tadika yang bisa kalian perolok-olokkan dengan helah begitu. Kami juga belajar sistem undang-undang, perlembagaan & sistem pilihan raya. Namun biarlah kalian menjawabnya di akhirat kelak. Nawaitu di hati hanya Dia yang Maha Mengetahui kan. Kami Husnuzon, namun kami juga pelajar psikologi bha.
Diumumkan bahawa hanya 33.2% daripada mahasiswa & mahasiswi yang turun membuang undi untuk Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini. Suatu jumlah yang amat sangat menyedihkan. Ya ayyuha syabab ! Wahai pemuda-pemuda Islam! di manakah kalian ketika Islam memerlukan sokongan kalian? Hanya sokongan, bukan wang ringgit yang Islam minta wahai sahabat-sahabatku. Di manakah sifat amanah dalam diri kalian? Hilang sudahkah pemuda tegar dan gagah seperti Sultan Muhammad Al-Fatih & Salahuddin Al-Ayubi, yang bertindak walhal belum pun di suruh.
Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak sedar bahawa di sinilah permulaan dakwah dan usaha kita menuju redha-Nya. Sahabat-sahabatku, andainya kita bukanlah orang-orang yang mampu untuk bersama-sama mereka berdiri di hadapan membentangkan manifesto itu & ini, namun tidakkah cukup setidak-tidaknya kita bisa menjadi tulang belakang kepada kejayaan mereka dalam membawa jalan dakwah ini. Lillahi, walau sekecil zarah usaha kebaikanmu akan dicatatkan wahai anak adam. Tidakkah kalian terfikirkan di hari hisab nanti, setidak-tidaknya kalian mampu menjawab begini apabila di tanya, "Wahai Allah & Rasulullah s.a.w., aku adalah insan yang menjadi tulang belakang dalam usaha mereka ini, aku tidak mampu untuk bersuara lantang seperti mereka, berdiri tegar dihadapan seperti mereka, namun setidak-tidaknya akulah yang menjadi asbab kepada titik-tolak permulaan perjuangan mereka ini".
Rabbi yasir wala tu'asir sahabat2. Bi taufiq wannajah untuk kita semua. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan & penjagaan-Nya. Allahumma Amin. InsyaAllah.
Kepada sahabat-sahabat calon yang belum ada rezeki, mungkin inilah kejayaan tertangguh yang Allah sedang janjikan buat kalian. Jadikan hari ini suatu pengalaman indah dalam catatan diari kalian kerana Allah dan para malaikat melihat usaha kalian hari ini. Kalian tetap menjadi JUARA dihati kami. Sesungguhnya DIA sentiasa memberi kita dengan Cinta Nya, sedangkan kita hanya meminta dengan cita-cita.
Buat sahabat-sahabat calon yang sudah tercatat hari ini adalah permulaan perjuangan kalian, kami meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kalian, bahawa kalianlah suara-suara kami nantinya. Namun kami juga rela menjadi tangan-tangan kalian bagi sama-sama melaksanakan perjuangan ini bersama. Dan andainya dalam meniti detik-detik perjuangan ini nanti kalian berasa letih dan lelah, kami relakan bahu ini sebagai sandaran buat kalian agar kalian tidak rebah dan jatuh.
"Sesungguhnya tidak beriman seorang hamba itu melainkan ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.."
"Islam itu bukan berkenaan 'saya adalah lebih baik daripada kamu', melainkan Islam itu adalah berkenaan 'biar saya tunjukkan kepada kamu sesuatu yang lebih baik'.."
"Pemimpin bukan lahir daripada kuliah dan kelas2 tutorial, tetapi pemimpin lahir dari kesengsaraan rakyat jelata.." "Biar kita susah sama susah, kita senang sama senang" Kata-kata ini sangat membekas dihati.
Thursday, July 4, 2013
Dr. Morsi, Tabahkan Hatimu.
Sebagai umat Islam yang sihat
jiwanya untuk melihat agama sejahtera Islam kembali memurnikan dunia yang
sedang tenat di bawah pemerintahan manusia yang rakus dengan fatamorgana yang
berupa pangkat, kekuasaan, darjat atau kuasa yang diluar keredhaan ALLAH S.W.T.
Andai jihad Dr. Morsi untuk
menegakkan hukum Allah di bumi Mesir itu sebagai jenayah, andai jihad Dr. Morsi
untuk membantu negara Islam yang ditindas seperti Palestin, Syiria dan lainnya
sebagai perkara yang menyusahkan dunia, maka ingin saya tegaskan bahawa
sebenarnya merekalah penjenayah sebenar dunia yang wajib ditumbangkan iaitu
Israel dan sekutunya termasuk yang berkonspirasi untuk menjatuhkan Dr. Morsi.
Berhubung hal tersebut, puak-puak
yang membenci hukum Allah atau penjenah dunia ini bimbang akan kebangkitan
kerajaan yang telus dan tekun dalam memerintah umat kembali kepada negra yang
benar-benar membawa kebajikan dunia akhirat tidak kira agama, kaum, darjat, pangkat
dan bangsa.
"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya" [Surah As-Saff: 8]
- 'Amir' -
Seorang rakan juga menyatakan:
Mungkin dia dikatakan diktaktor sebab
dia membuka pintu antara Mesir dan Palestine. Dia juga mengiktiraf FSA dia juga
membenarkan pejuang Mesir untuk berjuang di Syria, dia juga Anti-Syiah. Dia memusuhi
yahudi dan US. Dia juga antara pemimpin yang hendak menegakkan Islam di zaman
pemerintahannya, dan dia tolak sekular.
Ceritera Cuti Semester Ini...
Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Sang Pencipta alam, Rabbul Jalil. Terlalu banyak nikmat yang telah dikurniakan kepada hambaNya walaupun sang hamba ini seringkali leka dan alpa. Sehingga ke hari ini, nikmat kesihatan yang masih kurasakan ini membawa aku lebih bersyukur walau terkadang leka.
Musim cuti inilah berpeluang bertemu dan berprogram bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang menuntut di IPTA tempatan mahupun semenanjung. Apabila setahun dua tidak bersua, nampak perbezaan pada mereka, iaitu semakin matang menuju dewasa. Dan aku? Pastinya umur yang sudah meningkat dewasa ini juga begitu. InsyaAllah.
Selesai sahaja exam semester dua, kakak usrah mengajak kami ke suatu tempat yang cukup indah. Sambil meraihkan kakak usrah yang bakal buat praktikal mulai semester hadapan.
Tahniah Kak A.G. Tak lama lagi nak konvo... :-)
Thanks kak A.G, Im seafood lover.. ^_^
Tomyam special
Qiamullail dan Rehlah Jun. Pulang ke rumah selepas habis paper exam, rehatkan minda sehari dua dan mengerahkan kudrat semampu mungkin bagi mengelakkan diri dari sikap bermalas-malasan berada di rumah.
AJK Makanan yang bertungkus-lumus
Kuliah dasar
Explorace: betul ka checkpoint kami ni??
Muslimin confirmlah futsal tetap dihati.
Barbeque time..
Makan berjemaah sunnah nabi :-)
Menziarahi sekolah lama, banyak kenangan terlukis indah dalam ingatan. Semasa berada dalam kampus, zaman persekolahan sering muncul menari-nari dalam kotak khayalan. Terlalu banyak kenangan yang mencuit hati. Sudah setahun lebih meninggalkan sekolah ini,
Selamat datang Sarah... :-D
Surau Al-Hidayah
Tugu
Rindu Kiosk itu, rindu PUM
Selain gamelan, SMKT juga terkenal dengan Muzik Bamboo
Rindu uniform itu...
Wah, ada bangunan baru dibina..
KRIS KB 6.0, SMK Usukan, Kota Belud. Alhamdulillah, lamaran program tidak pernah putus sepanjang cuti ini. Terima kasih sahabat-sahabat KB sudi menjemput kami.
Mencedok ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan masa hadapan
Fasilitator didatangkan dari IPG Keningau
si kembar. Sampai sekarang masih konfius mana satu yang mana satu...~
Barisan fasilitator muslimat.
“Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat.
Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang
terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana
fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya
kita dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasa kita
yang memulakan perjuangan ini, kita akan sempit dada menghadapi kematian
(kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang
memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi
sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang
panjang.” (As-Syahid Syed Qutb)
Friday, June 28, 2013
Orang Hebat Orang Luar Biasa
Pilihan ditangan sendiri
"Awak tak nak
cari pengalaman bekerja ke time cuti semester ni?"
"Taklah
kot, saya nak jadi suri rumah je kat rumah sepanjang cuti ni, bantu-bantu ibu
apa yang patut."
"You buat apa
time cuti ni?"
"I tak buat apa-apa, I banyak tidur. Nak balas
dendam sebab di kampus dulu asyik-asyik tak cukup tidur. Terpaksa stay up hingga ke subuh study dan buat assignment"
"Kau buat apa
masa cuti semester yang panjang ni?"
"Macam biasalah, kerja. Mau cari duit lebih
sikit untuk semester depan."
"Apa plan
enti untuk cuti semester kita ni?"
"Ana mau
manfaatkan masa cuti kita ni dengan join program-program Islamik. Rasa kosong
plak jiwa ni kalau duduk lama-lama di rumah jak. Lain lah kalau di kampus, tiap
hari ada jak pengisian antara maghrib isyak di surau Nur E-man.”
“Ana nak masuk pondok. Jom talaqqi kitab lama
bersama-sama, nanti takde masa kalau dah masuk semester baru.”
Bermacam-macam
respon yang aku terima daripada rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekampus. Musim
cuti semester beginilah timbulnya sikap bermalas-malasan. Malas bangun awal,
malas melakukan aktiviti rutin melainkan hobi. Apabila sikap malas itu
dimanjakan, semakin menjadilah ia sehingga ibadah fardhu pun dikerjakan
dihujung waktu. Naudzubillah... Ironinya, kita sendiri mampu berfikir mana yang
lebih banyak mendatangkan manfaat buat diri. Jom renung-renung, fikir-fikir...
Bagi orang yang
biasa-biasa "Biarlah,
inilah masanya aku berehat dari berhempas pulas di kampus dulu. Biarlah aku
rehat sepuas-puasnya." Bagi orang yang berfikiran luar biasa pula “Inilah masanya aku
menyumbangkan tenaga kepada keluarga dan masyarakat. Kalau bukan saat ini, bila
lagi?”
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah..."
Bezanya amat ketara di mana orang biasa-biasa hanya berfikir dan
melakukan perkara yang biasa, sebaliknya bagi orang yang luar biasa.
Belajar menjadi Orang Hebat
Terkenang pengalaman lalu bilamana seorang senior yang sudah memahat kejayaan
di atas pentas ijazah memanggil kami untuk meng’handle’ slot muhasabah
atau ‘malam penghayatan’ di sebuah IPTA tempatan dalam satu program khas kampus
tersebut. Terasa diri masih terlalu mentah dalam hal-hal sebegini. Aku langsung
bertanyakan hal ini dengan seorang sahabat yang boleh dikira mahir dalam
bab-bab ‘penghayatan’. Dia juga sependapat aku. Timbul perasaan tidak yakin di
benak.
“Akhi, ana kurang yakinlah. Lagipun peserta-peserta program sebaya kami
malah ada yang lebih tua dari kami”
“Abang yakin dengan kamu. Kamu kan biasa handle penghayatan
dengan budak-budak.”
“Tapi kami tidak sehebat akhi. Pengalaman pun baru setahun jagung”
“Sama sahaja. Kita ini memang bukan orang yang hebat, tapi tidak salah
kita belajar untuk jadi hebat seperti mereka yang hebat.”
Aku mula berfikir, jika tawaran ini ditolak, aku pasti tidak dapat
mencedok pengalaman ini di lain hari walaupun masih punya tawaran lain.
Akhirnya, Allah mentakdirkan aku bersama tiga orang sahabatku datang ke program
tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan. Alhamdulillah…Satu pengalaman
besar yang boleh diaplikasikan dalam program-program mendatang. Tanpa ada rasa rugi mahupun menyesal.
Begitulah juga keadaannya bagi seseorang yang bergelar mahasiswa. Tidak
dinafikan terlalu banyak pengalaman ketika menuntut di kampus. Bergiat dalam aktiviti
yang membangunkan rohani dan jasmani, memperkasakan kemahiran insaniah,
disamping belajar cara berdiplomasi. Belajar daripada pengalaman orang lain. Belajar
berpartisipasi dalam pelbagai bidang ilmu, belajar mengurus program mega. Belajar
untuk lebih cakna isu semasa serta menganalisis isu.
Maka, ayuh rakan dan sahabat.. Pasakkan impian untuk mahu menjadi hebat
seperti mereka yang hebat, agar dapat melahirkan generasi yang hebat.
Negara inginkan aset yang
berkualiti
Terlalu banyak pilihan demi pilihan yang perlu dipertimbangkan dalam
mencapai tujuan penghidupan di muka bumi ini. Setiap pilihan pasti punya liku-liku cabaran dan halangan
tersendiri yang sangat menguji jiwa. Mahu menjadi yang biasa atau yang luar
biasa? Pilihan ditangan sendiri. Perlu diketahui, aset negara yang berkualiti itu hidupnya bukan
sekadar untuk diri sendiri. Terlalu
banyak komitmen yang perlu dilaksanakan dan diselaraskan. Mahu atau tidak, aku perlu belajar untuk menjadi lebih kuat walau seringkali tersungkur terjatuh ditengah-tengah jalan pilihan, walau merasa terhimpit di
antara harapan dan cita-cita.
Rasulullah SAW bersabda:
خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain
(HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni)
Ingat wahai diri!!!Negara kita ini inginkan suatu aset yang berkualiti
tinggi dengan kuantiti yang ramai. Bagaimana hendak merealisasikannya??? Jom kembali kepada fitrah, ianya
bermula dari sekeping hati seseorang individu. Kerana hati adalah raja kerajaan diri.
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man
ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Ketahuilah kamu di dalam
badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan
segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah
lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati"
(HR al-lmam al-Bukhari dan Muslim)
Jagalah keimanan kepada Sang Pencipta disamping bergaul dengan orang-orang soleh agar terhindar dari rayuan
nikmatnya duniawi, sehingga terleka dari tanggungjawab asal tujuan penciptaan dan tujuan hidup di muka bumi.
Apabila keluar dari
alam kampus, maka siapakah aku pada matakaca masyarakat? Aku tidak mahu
digelar ‘siswazah lesu’. Selesai mendapatkan segulung ijazah, hanya menjadi penganggur terhormat dan menunggu tawaran kerja tanpa menyumbang apa-apa kepada masyarakat. Maka akan timbul persoalan nanti, apa bezanya aku
dengan mereka???
Jom jadi Hebat dan Luar Biasa
Pesan seorang
kakak, "Ramai orang yang memilih jalan hidup seperti ini. Mahu senang, menjadi orang yang biasa-biasa saja di muka bumi. Rugilah hikmah yang terbentang di dalam warna Islam jika satu pun tidak digarap dan diambil madunya. Orang-orang yang dijanji syurga hidupnya bukan yang biasa-biasa.
Syurga itu sesuatu yang luar biasa, hanya mereka yang luar biasa mendapat
tempat di taman-taman yang luar biasa. Jalan hidup Rasul dan para sahabat itu
yang perlu dihayati. Dari cara hidup yang biasa-biasa, berubah kepada luar
biasa dengan izin Allah." Malanglah, jika aku tidak mengambil ibrah dari
sirah-sirah itu. Peluang untuk berubah itu ada banyak kali, sungguhpun hidup
ini hanya sekali.
Jom kawan dan sahabat, manfaatkan musim cuti ini dengan menabur bakti kepada keluarga dan masyarakat. Jangan jemu menggali sebanyak mungkin ilmu Allah yang masih terbentang luas dan turun kepada masyarakat menyebarkan kebaikan sambil berkongsi ilmu. Semoga ianya bermanfaat kepada masyarakat dan buat diri sendiri disamping menambah isi tabung iman kita. Hidup kita ini indah, rugilah kita jika disia-siakan, kerana sedetik pun kita berada di dunia, itu adalah kehidupan.
Friday, June 14, 2013
Semester Dua Melabuhkan Tirai..
Ceritera Semester Dua
Menghembus
nafas lega. Alhamdulillah.
Allah masih menggerakkan tangan hambaNya untuk
mencoretkan kisah semalam yang membawa seribu erti untuk dijadikan pengajaran.
Menulis untuk menyebarkan rasa gembira. Menulis untuk menyebarkan kebaikan,
menulis untuk mencari redha Allah.
Menulis untuk apa? Aku bukan dalam kalangan yang teror dalam
menulis. Terkesan dengan kata-kata seorang kakak. “Andai peperangan itu
memerlukan banyak pedang dan peluru sebagai tunjang serangan dan pertahanan.
Andai 4P itu memerlukan kerajinan dan usaha yang gigih untuk dicapai. Ketahuilah
peperangan pemikiran yang kita hadapi hari ini memerlukan lebih banyak mata
pena sebagai benteng pertahanan”. Justeru itu aku masih menulis
walau tidak sekerap mungkin, walau tidak sehebat penulis-penulis di luar sana
Exam semester dua dah selesai? MasyaAllah, tak
sedar masa berlalu begitu pantas. Sepantas pedang yang memotong manusia yang
suka melengahkannya, bak peribahasa arab. Pabila imbas kembali, seperti baru
semalam aku mendaftar sebagai seorang mahasiswa di kampus ini. Jika mampu,
terlalu banyak ingin aku kongsikan cerita sepanjang berada di menara
gading ini. Biarlah yang sidikit ini tapi dapat memberikan iktibar buat aku,
dia dan mereka. Selebihnya biar aku simpan mejadi luahan puisi hati untuk
kubisikkan kepada Dia di malam hari.
Mengenalimu
Merupakan Anugerah Terindah Buatku.
Ingin menyentuh hati, perlu menyapanya dengan hati
juga. Begitulah yang mereka diajar. Masih teringat ketika kali pertama masuk ke
alam kampus, aku punya rumah ke-2. Rumah pertama aku ada kawan. Rumah kedua aku
ada sahabat. Di rumah ke-2 lah mula berputik cinta pandang pertama.
Selain ibu ayah yang selalu memberi dorongan dan
nasihat dari jauh, aku punya sahabat yang memahami dan banyak membantuku dalam
mengejar cita-cita si mahasiswa yang bertaqwa. Andainya alam ini bisa
berkata-kata, pastinya pujian buat mereka. Sahabat. Membimbing tanpa mengharap
balasan, menemani masa suka dan duka, mngingatkan tika diri terleka. Semoga ukhuwwah
yang terjalin ini kekal hingga ke Jannah Allah.
Amatlah bererti sahabat sejati bagi hidup kita. Bagaikan mencari sebiji benih, terselit dalam semak berduri. Begitulah sahabat, tak mudah dicari namun dia ada di lipatan hati. Andai sudah kau temui, sayangilah dia sepenuh hati. Pupuklah dia dengan jiwa yang ikhlas agar dirimu temukan cinta Ilahi. Jadikanlah persahabatan itu bertiangkan keimanan kepada Allah dan sirami dengan budi pekerti agar abadi.
Siri
ayat-ayat cinta ke-2
Disebalik kesibukan menimba ilmu, timbul ujian
kecil buat sang mahasiswa. Disebalik kemerduan kicauan burung, terselit
sumbangnya bunyi kerangga. Salah satu ujian hati yang mahasiswa akan hadapi di
alam kampus ialah ujian 'Cintan-Cintun'. Tidak dinafikan fikrah manusia, lelaki
tertarik akan wanita dan wanita suka akan lelaki. Namun soal hati perlu
berhati-hati, malah harus pandai membawa diri.
Aku tidak mahu akibat cinta manusia, aku lalai
mencintai Rabku, aku hilang fokus study, aku jauh dari gerak kerja Islam, dan
aku tidak ingin tercicir dari golongan mahasiswa yang punya wawasan tinggi.
Aku masih
punya cita-cita yang panjang, walaupun hayatku hanya Allah yang tahu.
Dakwah
itu Cinta
Bagi
jiwa-jiwa yang sudah tertaut pada cinta dakwah, pasti tidak lari dari jemaah.
Dakwah itu perlu berjemaah. Sambil berjihad dalam dunia akademik, kami
juga berjihad untuk membina kemenangan Islam. Walau tidak peringkat
negara, membina kemerdekaan di setiap jiwa-jiwa muslim yang ada disekeliling
kami. Walaupun ianya satu proses yang lambat jika dihitung ikut logik, namun
yakin janji Allah itu pasti. Lihat surah At-Taubah: 42.
لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ
وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ
Kalau apa yang engkau serukan
kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan
satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang
munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi
mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau
kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu".... (Surah At-Taubah:42)
Semua ini perlu persiapan rapi rohani dan jasmani untuk
berhadapan dengan da’ie dan mad’u di luar sana. Andai mereka yang diajak
berjuang lari dari duri dan ranjau di medan juang itu, maka apakah jawapan yang akan aku
berikan di hadapan Allah kelak??? Bukan sebab mereka jemu, tetapi kita (aku)
yang jemu mendekati dan mengajak mereka. Na’uzubillahi min dzalik.
Wake-up,
wake-up…the time has come.
Pejam celik, rupanya aku sudah berada tepat-tepat
di hadapan tirai kalender semester dua. Tersentak dari lamunan minda dan
angan-angan, soalan demi soalan menerjah ke dalam kotak fikiran.
Apakah
tanggungjawab kamu terhadap ibu ayah sudah terlaksana sehabis baik?
Apakah
tuntutan kemahasiswaan kamu sudah dipenuhi sebaik mungkin?
Apakah
sumbangan kamu terhadap gerak kerja dakwah di alam kampus?
Apakah
sumbangan kamu terhadap Islam selama keberadaan kamu hampir setahun di alam
kampus?
Sebelum
sempat merefleksi diri, soalan yang lagi berat memanah tembus ke hati.
Apakah
bekalan kamu untuk menghadap Allah sudah mencukupi?
MasyaAllah,
tersungkur layu di atas pembaringan.
Apa yang mampu kupanjatkan kepadaMu ya Rabbi...
“Wahai
Allah yang maha memberi kekuatan, berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu yang
lemah ini untuk menjalani hari-hari mendatang.”
Ya
muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik
Wahai
Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU..
Ya
muqallib al-qulub, thabbit ‘ala’l-haqq
Wahai
Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaran-MU..
Ya
muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik
Wahai
Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat pada-MU
Amin ya robbal al-amin
Monday, April 29, 2013
Dean List menuju Deen List
Erti Kejayaan bagi Kamu???
Kak Sarah: “Akak mau tanya kamu semua… Selain cita-cita,
apa impian yang paling besar hendak kamu capai dalam hidup yang sementara di
dunia ni?” Soalan yang sering aku lontarkan kepada adik-adik usrah baharu
ketika sesi taaruf, selain ingin memecahkan tembok kekekokkan bersama adik-adik
usrah tersebut.
Adik-adik usrah:
“Saya ingin berjaya dalam hidup dan
membalas budi kedua ibu bapa saya”
“Saya mahu jadi anak solehah yang
dapat mendoakan ibu bapa saya dan seorang yang berjaya di dunia, Kak doakan
saya ya..”
“Saya ingin menjadi seorang doktor
yang berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat”
Ada yang menjawab dengan penuh semangat, ada juga yang menjawab dengan
perasaan yang kurang yakin. Namun, jawapan yang mereka berikan hampir sama
semuanya. Berjaya dalam hidup!
Antara persamaan seorang manusia dengan manusia yang lain ialah
mengimpikan sebuah kejayaan dalam hidup masing-masing. Bagi mereka yang
mempunyai akal fikiran yang waras, sudah pasti menginginkan kejayaan dalam
hidupnya. Namun, beza antara mereka semua ini ialah bagaimana mereka mentafsir
atau meng’erti’kan sesuatu kejayaan kepada diri sendiri.
Peng’erti’an yang berbeza inilah, takrif 'kejayaan' dalam kehidupan kita
adalah sangat subjektif. Kejayaan aku, mungkin bukan kejayaan bagi engkau, dan
kejayaan engkau mungkin bukan kejayaan bagi aku.
Menggapai Dean List
Bermula jejaknya kaki di alam universiti, jiwa-jiwa penuntut asasi,
ijazah mahupun master sudah memacakkan impian mereka supaya berjaya tersenarai
dalam Dean list. Betul tidak? Dean list
atau cemerlang adalah suatu kejayaan dalam hidup mereka. Aku juga tidak
terkecuali di antara mereka yang punya impian setinggi itu. Tambah
mengembirakan apabila berada di antara ratusan nama mahasiswa –mahasiswa yang
lain, nama kita berada di antara kedudukan yang tertinggi. Kepuasan yang tidak
terhingga sebagai seorang pelajar cukup terasa.
Lantas, aku selalu berpesan kepada diri sendiri sebagai penuntut ijazah:
“Wahai Allah, aku ingin berjaya
dalam akademikku. Wahai Allah, bantulah aku dan berikanlah aku kejayaan demi
kejayaan di dunia dan di akhiratMu.”
Ya, keinginan yang membuak-buak untuk mencapai kejayaan itulah yang
mendorong aku, dia dan mereka memberikan sepenuh perhatian di dalam dewan
kuliah, bersengkang mata ditengah malam menyiapkan assignment dan ulangkaji, hadir
tutorial class, naik turun tangga
berjumpa dengan lecturer bertanyakan soalan yang sukar difahami. Sehinggakan
kadang-kadang waktu makan sekalipun terabai gara-gara terlalu sibuk dengan
buku. MasyaAllah!!!
Deen List :
Di manakah letaknya Allah dihati
kita?
Namun, disebabkan kesibukan menggapai dean
list, ke mana hilangnya fokus di dalam solat, tatkala tumpuan yang penuh
boleh saja diberikan di dalam dewan kuliah? Mengapa diri begitu lemah untuk
sujud menghadap Allah, sedangkan cukup bertenaga hadir ke kuliah, cukup kuat untuk
berjumpa lecturer bertanyakan soalan yang kurang difahami? Kita sanggup
korbankan masa tidur dan makan, tetapi mengapa masa untuk bersama dengan Allah
turut sama terkorban?
Mengapa?
Kerana hubungan antara kita dengan DIA terlalu rapuh. Kita asyik pesan
pada diri,”Aku nak berjaya, aku ingin
cemerlang” tapi kita lupa akan DIA yang memberi kejayaan.
Mulai saat ini, sentiasa pesan pada diri, bukan “Aku nak berjaya”, tapi: “Letak
Allah sebagai Pemberi Kejayaan yang utama dihati, pasti Allah beri kejayaan
yang tidak disangka-sangka kepada kita”.
Menuju Deen List
Dengan hadirnya Allah dalam setiap perbuatan dan perlakuan, dari situlah
akan wujudnya kekuatan. Sama ada kekuatan untuk mencari ilmu, memantapkan ilmu
pengetahuan, mahupun memantapkan keimanan kepada Tuhan. Ingat wahai diri, kita
berjaya kerana Allah.
Wahai Allah, kurniakan kami kejayaan di
dunia dan kejayaan di akhiratMu. Ayuh! Manifestasikan doa ini seiring dengan
amalan, bukan sekadar doa hafalan spontan tau.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار
“Ya Allah, kurniakan kami kejayaan di dunia dan jua kejayaan
di hari akhirat.Dan jauhkanlah kami dari azab api neraka.”
Subscribe to:
Posts (Atom)























