Islam is Universal, Islam for all!!!

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Thursday, July 4, 2013

Dr. Morsi, Tabahkan Hatimu.


Sebagai umat Islam yang sihat jiwanya untuk melihat agama sejahtera Islam kembali memurnikan dunia yang sedang tenat di bawah pemerintahan manusia yang rakus dengan fatamorgana yang berupa pangkat, kekuasaan, darjat atau kuasa yang diluar keredhaan ALLAH S.W.T.

Andai jihad Dr. Morsi untuk menegakkan hukum Allah di bumi Mesir itu sebagai jenayah, andai jihad Dr. Morsi untuk membantu negara Islam yang ditindas seperti Palestin, Syiria dan lainnya sebagai perkara yang menyusahkan dunia, maka ingin saya tegaskan bahawa sebenarnya merekalah penjenayah sebenar dunia yang wajib ditumbangkan iaitu Israel dan sekutunya termasuk yang berkonspirasi untuk menjatuhkan Dr. Morsi.

Berhubung hal tersebut, puak-puak yang membenci hukum Allah atau penjenah dunia ini bimbang akan kebangkitan kerajaan yang telus dan tekun dalam memerintah umat kembali kepada negra yang benar-benar membawa kebajikan dunia akhirat tidak kira agama, kaum, darjat, pangkat dan bangsa.

"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya" [Surah As-Saff: 8]

- 'Amir' -

Seorang rakan juga menyatakan:

Mungkin dia dikatakan diktaktor sebab dia membuka pintu antara Mesir dan Palestine. Dia juga mengiktiraf FSA dia juga membenarkan pejuang Mesir untuk berjuang di Syria, dia juga Anti-Syiah. Dia memusuhi yahudi dan US. Dia juga antara pemimpin yang hendak menegakkan Islam di zaman pemerintahannya, dan dia tolak sekular.




Ceritera Cuti Semester Ini...

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Sang Pencipta alam, Rabbul Jalil. Terlalu banyak nikmat yang telah dikurniakan kepada hambaNya walaupun sang hamba ini seringkali leka dan alpa. Sehingga ke hari ini, nikmat kesihatan yang masih kurasakan ini membawa aku lebih bersyukur walau terkadang leka.

Musim cuti inilah berpeluang bertemu dan berprogram bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang menuntut di IPTA tempatan mahupun semenanjung. Apabila setahun dua tidak bersua, nampak perbezaan pada mereka, iaitu semakin matang menuju dewasa. Dan aku? Pastinya umur yang sudah meningkat dewasa ini juga begitu. InsyaAllah.

Selesai sahaja exam semester dua, kakak usrah mengajak kami ke suatu tempat yang cukup indah. Sambil meraihkan kakak usrah yang bakal buat praktikal mulai semester hadapan.

Tahniah Kak A.G. Tak lama lagi nak konvo... :-)



Thanks kak A.G, Im seafood lover.. ^_^

Tomyam special


Qiamullail dan Rehlah Jun. Pulang ke rumah selepas habis paper exam, rehatkan minda sehari dua dan mengerahkan kudrat semampu mungkin bagi mengelakkan diri dari sikap bermalas-malasan berada di rumah.
AJK Makanan yang bertungkus-lumus 

 Kuliah dasar


 Explorace: betul ka checkpoint kami ni??



 Muslimin confirmlah futsal tetap dihati.


 Barbeque time..

Makan berjemaah sunnah nabi :-)

Menziarahi sekolah lama, banyak kenangan terlukis indah dalam ingatan. Semasa berada dalam kampus, zaman persekolahan sering muncul menari-nari dalam kotak khayalan. Terlalu banyak kenangan yang mencuit hati. Sudah setahun lebih meninggalkan sekolah ini,
 Selamat datang Sarah... :-D

 Surau Al-Hidayah

 Tugu

 Rindu Kiosk itu, rindu PUM



 Selain gamelan, SMKT juga terkenal dengan Muzik Bamboo



 Rindu uniform itu...



 Wah, ada bangunan baru dibina..

KRIS KB 6.0, SMK Usukan, Kota Belud. Alhamdulillah, lamaran program tidak pernah putus sepanjang cuti ini. Terima kasih sahabat-sahabat KB sudi menjemput kami.




Mencedok ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan masa hadapan

Fasilitator didatangkan dari IPG Keningau
 si kembar. Sampai sekarang masih konfius mana satu yang mana satu...~



Barisan fasilitator muslimat.

“Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya kita dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasa kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.” (As-Syahid Syed Qutb)

Friday, June 28, 2013

Orang Hebat Orang Luar Biasa

Pilihan ditangan sendiri
"Awak tak nak cari pengalaman bekerja ke time cuti semester ni?"
"Taklah kot, saya nak jadi suri rumah je kat rumah sepanjang cuti ni, bantu-bantu ibu apa yang patut."

"You buat apa time cuti ni?"
"I tak buat apa-apa, I banyak tidur. Nak balas dendam sebab di kampus dulu asyik-asyik tak cukup tidur. Terpaksa stay up hingga ke subuh study dan buat assignment"

"Kau buat apa masa cuti semester yang panjang ni?"
"Macam biasalah, kerja. Mau cari duit lebih sikit untuk semester depan."

"Apa plan enti untuk cuti semester kita ni?"
"Ana mau manfaatkan masa cuti kita ni dengan join program-program Islamik. Rasa kosong plak jiwa ni kalau duduk lama-lama di rumah jak. Lain lah kalau di kampus, tiap hari ada jak pengisian antara maghrib isyak di surau Nur E-man.”

“Ana nak masuk pondok. Jom talaqqi kitab lama bersama-sama, nanti takde masa kalau dah masuk semester baru.”

Bermacam-macam respon yang aku terima daripada rakan-rakan dan sahabat-sahabat sekampus. Musim cuti semester beginilah timbulnya sikap bermalas-malasan. Malas bangun awal, malas melakukan aktiviti rutin melainkan hobi. Apabila sikap malas itu dimanjakan, semakin menjadilah ia sehingga ibadah fardhu pun dikerjakan dihujung waktu. Naudzubillah... Ironinya, kita sendiri mampu berfikir mana yang lebih banyak mendatangkan manfaat buat diri. Jom renung-renung, fikir-fikir...


Bagi orang yang biasa-biasa "Biarlah, inilah masanya aku berehat dari berhempas pulas di kampus dulu. Biarlah aku rehat sepuas-puasnya." Bagi orang yang berfikiran luar biasa pula “Inilah masanya aku menyumbangkan tenaga kepada keluarga dan masyarakat. Kalau bukan saat ini, bila lagi?”

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah..."

Bezanya amat ketara di mana orang biasa-biasa hanya berfikir dan melakukan perkara yang biasa, sebaliknya bagi orang yang luar biasa.

Belajar menjadi Orang Hebat
Terkenang pengalaman lalu bilamana seorang senior yang sudah memahat kejayaan di atas pentas ijazah memanggil kami untuk meng’handle’ slot muhasabah atau ‘malam penghayatan’ di sebuah IPTA tempatan dalam satu program khas kampus tersebut. Terasa diri masih terlalu mentah dalam hal-hal sebegini. Aku langsung bertanyakan hal ini dengan seorang sahabat yang boleh dikira mahir dalam bab-bab ‘penghayatan’. Dia juga sependapat aku. Timbul perasaan tidak yakin di benak.

“Akhi, ana kurang yakinlah. Lagipun peserta-peserta program sebaya kami malah ada yang lebih tua dari kami”

“Abang yakin dengan kamu. Kamu kan biasa handle penghayatan dengan budak-budak.”

“Tapi kami tidak sehebat akhi. Pengalaman pun baru setahun jagung”

“Sama sahaja. Kita ini memang bukan orang yang hebat, tapi tidak salah kita belajar untuk jadi hebat seperti mereka yang hebat.”

Aku mula berfikir, jika tawaran ini ditolak, aku pasti tidak dapat mencedok pengalaman ini di lain hari walaupun masih punya tawaran lain. Akhirnya, Allah mentakdirkan aku bersama tiga orang sahabatku datang ke program tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan. Alhamdulillah…Satu pengalaman besar yang boleh diaplikasikan dalam program-program mendatang. Tanpa ada rasa rugi mahupun menyesal.

Begitulah juga keadaannya bagi seseorang yang bergelar mahasiswa. Tidak dinafikan terlalu banyak pengalaman ketika menuntut di kampus. Bergiat dalam aktiviti yang membangunkan rohani dan jasmani, memperkasakan kemahiran insaniah, disamping belajar cara berdiplomasi. Belajar daripada pengalaman orang lain. Belajar berpartisipasi dalam pelbagai bidang ilmu, belajar mengurus program mega. Belajar untuk lebih cakna isu semasa serta menganalisis isu.

Maka, ayuh rakan dan sahabat.. Pasakkan impian untuk mahu menjadi hebat seperti mereka yang hebat, agar dapat melahirkan generasi yang hebat.


Negara inginkan aset yang berkualiti
Terlalu banyak pilihan demi pilihan yang perlu dipertimbangkan dalam mencapai tujuan penghidupan di muka bumi ini. Setiap pilihan pasti punya liku-liku cabaran dan halangan tersendiri yang sangat menguji jiwa. Mahu menjadi yang biasa atau yang luar biasa? Pilihan ditangan sendiri. Perlu diketahui, aset negara yang berkualiti itu hidupnya bukan sekadar untuk diri sendiri. Terlalu banyak komitmen yang perlu dilaksanakan dan diselaraskan. Mahu atau tidak, aku perlu belajar untuk menjadi lebih kuat walau seringkali tersungkur terjatuh ditengah-tengah jalan pilihan, walau merasa terhimpit di antara harapan dan cita-cita.

Rasulullah SAW bersabda:
خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain 
(HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni)

Ingat wahai diri!!!Negara kita ini inginkan suatu aset yang berkualiti tinggi dengan kuantiti yang ramai. Bagaimana hendak merealisasikannya??? Jom kembali kepada fitrah, ianya bermula dari sekeping hati seseorang individu. Kerana hati adalah raja kerajaan diri.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Ketahuilah kamu di dalam badan manusia terdapat segumpal darah. Apabila baik maka baiklah keseluruhan segala perbuatannya dan apabila buruk maka buruklah keseluruhan tingkah lakunya. Ketahuilah kamu bahawa ia adalah hati"
(HR al-lmam al-Bukhari dan Muslim)

Jagalah keimanan kepada Sang Pencipta disamping bergaul dengan orang-orang soleh agar terhindar dari rayuan nikmatnya duniawi, sehingga terleka dari tanggungjawab asal tujuan penciptaan dan tujuan hidup di muka bumi.

            Apabila keluar dari alam kampus, maka siapakah aku pada matakaca masyarakat? Aku tidak mahu digelar ‘siswazah lesu’. Selesai mendapatkan segulung ijazah, hanya menjadi penganggur terhormat dan menunggu tawaran kerja tanpa menyumbang apa-apa kepada masyarakat. Maka akan timbul persoalan nanti, apa bezanya aku dengan mereka???

Jom jadi Hebat dan Luar Biasa
Pesan seorang kakak, "Ramai orang yang memilih jalan hidup seperti ini. Mahu senang, menjadi orang yang biasa-biasa saja di muka bumi. Rugilah hikmah yang terbentang di dalam warna Islam jika satu pun tidak digarap dan diambil madunya. Orang-orang yang dijanji syurga hidupnya bukan yang biasa-biasa. Syurga itu sesuatu yang luar biasa, hanya mereka yang luar biasa mendapat tempat di taman-taman yang luar biasa. Jalan hidup Rasul dan para sahabat itu yang perlu dihayati. Dari cara hidup yang biasa-biasa, berubah kepada luar biasa dengan izin Allah." Malanglah, jika aku tidak mengambil ibrah dari sirah-sirah itu. Peluang untuk berubah itu ada banyak kali, sungguhpun hidup ini hanya sekali.

Jom kawan dan sahabat, manfaatkan musim cuti ini dengan menabur bakti kepada keluarga dan masyarakat. Jangan jemu menggali sebanyak mungkin ilmu Allah yang masih terbentang luas dan turun kepada masyarakat menyebarkan kebaikan sambil berkongsi ilmu. Semoga ianya bermanfaat kepada masyarakat dan buat diri sendiri disamping menambah isi tabung iman kita. Hidup kita ini indah, rugilah kita jika disia-siakan, kerana sedetik pun kita berada di dunia, itu adalah kehidupan.



Friday, June 14, 2013

Semester Dua Melabuhkan Tirai..

Ceritera Semester Dua
Menghembus nafas lega. Alhamdulillah.
Allah masih menggerakkan tangan hambaNya untuk mencoretkan kisah semalam yang membawa seribu erti untuk dijadikan pengajaran. Menulis untuk menyebarkan rasa gembira. Menulis untuk menyebarkan kebaikan, menulis untuk mencari redha Allah.

Menulis untuk apa? Aku bukan dalam kalangan yang teror dalam menulis. Terkesan dengan kata-kata seorang kakak. “Andai peperangan itu memerlukan banyak pedang dan peluru sebagai tunjang serangan dan pertahanan. Andai 4P itu memerlukan kerajinan dan usaha yang gigih untuk dicapai.  Ketahuilah peperangan pemikiran yang kita hadapi hari ini memerlukan lebih banyak mata pena sebagai benteng pertahanan”. Justeru itu aku masih menulis walau tidak sekerap mungkin, walau tidak sehebat penulis-penulis di luar sana

Exam semester dua dah selesai? MasyaAllah, tak sedar masa berlalu begitu pantas. Sepantas pedang yang memotong manusia yang suka melengahkannya, bak peribahasa arab. Pabila imbas kembali, seperti baru semalam aku mendaftar sebagai seorang mahasiswa di kampus ini. Jika mampu, terlalu banyak  ingin aku kongsikan cerita sepanjang berada di menara gading ini. Biarlah yang sidikit ini tapi dapat memberikan iktibar buat aku, dia dan mereka. Selebihnya biar aku simpan mejadi luahan puisi hati untuk kubisikkan kepada Dia di malam hari.

Mengenalimu Merupakan Anugerah Terindah Buatku.
Ingin menyentuh hati, perlu menyapanya dengan hati juga. Begitulah yang mereka diajar. Masih teringat ketika kali pertama masuk ke alam kampus, aku punya rumah ke-2. Rumah pertama aku ada kawan. Rumah kedua aku ada sahabat. Di rumah ke-2 lah mula berputik cinta pandang pertama.

Selain ibu ayah yang selalu memberi dorongan dan nasihat dari jauh, aku punya sahabat yang memahami dan banyak membantuku dalam mengejar cita-cita si mahasiswa yang bertaqwa. Andainya alam ini bisa berkata-kata, pastinya pujian buat mereka. Sahabat. Membimbing tanpa mengharap balasan, menemani masa suka dan duka, mngingatkan tika diri terleka. Semoga ukhuwwah yang terjalin ini kekal hingga ke Jannah Allah.



Amatlah bererti sahabat sejati bagi hidup kita. Bagaikan mencari sebiji benih, terselit dalam semak berduri. Begitulah sahabat, tak mudah dicari namun dia ada di lipatan hati. Andai sudah kau temui, sayangilah dia sepenuh hati. Pupuklah dia dengan jiwa yang ikhlas agar dirimu temukan cinta Ilahi. Jadikanlah persahabatan itu bertiangkan keimanan kepada Allah dan sirami dengan budi pekerti agar abadi.

Siri ayat-ayat cinta ke-2
Disebalik kesibukan menimba ilmu, timbul ujian kecil buat sang mahasiswa. Disebalik kemerduan kicauan burung, terselit sumbangnya bunyi kerangga. Salah satu ujian hati yang mahasiswa akan hadapi di alam kampus ialah ujian 'Cintan-Cintun'. Tidak dinafikan fikrah manusia, lelaki tertarik akan wanita dan wanita suka akan lelaki. Namun soal hati perlu berhati-hati, malah harus pandai membawa diri.
Aku tidak mahu akibat cinta manusia, aku lalai mencintai Rabku, aku hilang fokus study, aku jauh dari gerak kerja Islam, dan aku tidak ingin tercicir dari golongan mahasiswa yang punya wawasan tinggi.

Aku masih punya cita-cita yang panjang, walaupun hayatku hanya Allah yang tahu.

Dakwah itu Cinta
Bagi jiwa-jiwa yang sudah tertaut pada cinta dakwah, pasti tidak lari dari jemaah. Dakwah itu perlu berjemaah. Sambil berjihad dalam dunia akademik, kami juga  berjihad untuk membina kemenangan Islam. Walau tidak peringkat negara, membina kemerdekaan di setiap jiwa-jiwa muslim yang ada disekeliling kami. Walaupun ianya satu proses yang lambat jika dihitung ikut logik, namun yakin janji Allah itu pasti. Lihat surah At-Taubah: 42.

لَوْ كَانَ عَرَضاً قَرِيباً وَسَفَراً قَاصِداً لاَّتَّبَعُوكَ وَلَـكِن بَعُدَتْ عَلَيْهِمُ الشُّقَّةُ 
وَسَيَحْلِفُونَ بِاللّهِ لَوِ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu".... (Surah At-Taubah:42)

Semua ini perlu persiapan rapi rohani dan jasmani untuk berhadapan dengan da’ie dan mad’u di luar sana. Andai mereka yang diajak berjuang lari dari duri dan ranjau di medan juang itu, maka apakah jawapan yang akan aku berikan di hadapan Allah kelak??? Bukan sebab mereka jemu, tetapi kita (aku) yang jemu mendekati dan mengajak mereka. Na’uzubillahi min dzalik.

 

Wake-up, wake-up…the time has come.
Pejam celik, rupanya aku sudah berada tepat-tepat di hadapan tirai kalender semester dua. Tersentak dari lamunan minda dan angan-angan, soalan demi soalan menerjah ke dalam kotak fikiran.
Apakah tanggungjawab kamu terhadap ibu ayah sudah terlaksana sehabis baik?
Apakah tuntutan kemahasiswaan kamu sudah dipenuhi sebaik mungkin?
Apakah sumbangan kamu terhadap gerak kerja dakwah di alam kampus?
Apakah sumbangan kamu terhadap Islam selama keberadaan kamu hampir setahun di alam kampus?

Sebelum sempat merefleksi diri, soalan yang lagi berat memanah tembus ke hati.
Apakah bekalan kamu untuk menghadap Allah sudah mencukupi?
MasyaAllah, tersungkur layu di atas pembaringan.

Apa yang mampu kupanjatkan kepadaMu ya Rabbi...
“Wahai Allah yang maha memberi kekuatan, berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu yang lemah ini untuk menjalani hari-hari mendatang.”


Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU..

Ya muqallib al-qulub, thabbit ‘ala’l-haqq
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaran-MU..

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat pada-MU

Amin ya robbal al-amin


Walau apapun berlaku, hadapi hari-hari dengan senyuman dan sabar.