Islam is Universal, Islam for all!!!

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Friday, October 29, 2010

Lama tidak Update???

Assalamualaikum buat pengunjung-pengunjung setia blog, buat masa ini moderator sibuk sikit dengan peperiksaan akhir tahun. Untuk beberapa minggu ini artikel baru untuk blog ini tidak akan diUpdate. Saya titipkan sepotong doa kepada sahabat-sahabat yang mengambil peperiksaan juga.



Thursday, October 14, 2010

Terhukum oleh Ketamakan Sendiri

Assalamualaikum wahai pengunjung-pengunjung blog warna hijau yang mendamaikan ini(gurau ya). Warna blog bukanlah menjadi penilai kepada sesuatu artikel yang hebat atau sebagainya. Tapi ia menjadi daya tarikan kepada sesiapa yang gemar membuka blog dan akan berhenti seketika untuk membaca artikel-artikel dari blog tersebut.:-)

Pada kali ini saya ingin berkongsikan suatu kisah yang masyhur pada zaman dahulu.
"Terhukum oleh Ketamakan Sendiri"

Seorang menteri yang tamak dan kaki rasuah selalu sahaja menyusahkan urusan seorang pemerintah yang adil. Namun, untuk menghukumnya bukan mudah kerana si menteri tersebut mempunyai rangkaian perhubungan yang sangat kuat, sama ada di kalangan sesama menteri mahupun dengan angkatan tentera.


Sultan yang adil lagi baik hati telah didesak berkali-kali untuk mengenakan tindakan terhadap menteri. Anehnya baginda terap sabar sehingga tiba suatu hari, baginda bertitah kepada menteri tersebut.

"Hari ini kamu akan mendapat kurniaan dari beta."
"Kurniaan apa tuanku, patik sedia menerimanya." Sahut menteri yang tamak itu dengan gembira.
"Beta ingin mengurniakan kamu tanah!" Titah sultan.
Terima kasih tuanku. Boleh hamba tahu seluas mana, tuanku?"
"Begini, selepas subuh kamu berjalanlah dari pintu istana itu sejauh mana yang kamu terdaya dan ulang semula sebelum waktu Zuhur."
"Maksud tuanku?"
" Sejauh mana kamu mampu berjalan dan pulang ke istana, maka seluas itulah tanah yang akan dikurniakan kepada kamu."

Betapa gembiranya hati menteri yang tamak itu. Namun, para pegawai yang lain mencemik. Mengapa sultan masih bermurah hati kepadanya?

Esok pagi selepas Subuh, dia pun memulakan perjalanannya ke satu arah. Jauh dan semakin jauh.

Hampir waktu Zuhur, para menteri, pegawai istana dan sultan menunggu ketibaan menteri yang tamak itu untuk mengetahui seluas mana tanah yang bakal dianugerahkan. Namun, si menteri tidak juga kunjung tiba. Masuk solat Zuhur, dan selepas mereka solat berjemaah, menteri yang ditunggu tidak juga tiba.

Tiba-tiba seorang pengawal datang membawa berita, "Tuanku, menteri telah jatuh pengsan dalam perjalanannya..."
"Perjalanannya pulang atau menjauh dari sini?" Tanya sultan.
"Dalam perjalanan menjauh dari sini." Jawab pengawal.
"Hah!" Serentak bunyi suara kehairanan bergema di seluruh istana.

Jelaslah sifat tamaknya itu mendorongnya pergi jauh dan semakin jauh dan tidak terfikir untuk pulang, hingga akhirnya jatuh pengsan kerana keletihan!
Baginda sultan tersenyum. Dia telah pun berjaya menghukum menteri yang tamak itu.

PENGAJARAN: Orang yang tamak tidak akan cukup dengan yang sedikit dan tidak akan puas dengan yang banyak. Tidak menunggu orang lain untuk 'menghukum' orang yang tamak sebaliknya sifat tamak itu sendiri akan menghukum dirinya