Islam is Universal, Islam for all!!!

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Sunday, April 11, 2010

MENGASIHI HAIWAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Islam adalah suatu cara hidup yang penuh dengan kelembutan dan kasih sayang. Sikap zalim adalah dilarang bukan sahaja kepada manusia malah kepada haiwan. Haiwan adalah makhluk ciptaan Allah yang turut mempunyai hak-hak tertentu yang wajib ditunaikan manusia. Melanggar hak tersebut dikira berdosa di sisi Allah. Rasulallah telah menegaskan mengasihi haiwan akan diberi pahala, manakala menzaliminya akan mendapat dosa.
Rasulallah pernah ditanya sahabat: "Wahai Rasulallah! Kalau kami mengasihi binatang apakah kami akan mendapat pahala?"
Rasulallah menjawab: "Setiap hati yang pengasih mendapat pahala."

Kehidupan haiwan sebenarnya tidak sekompleks kehidupan manusia. Manusia mempunyai kehendak dan nafsu yang pelbagai. Adakalanya kehendak dan nafsu manusia itu melampau dan terlalu sukar untuk dicapai. Berbanding dengan haiwan yang hidup berdasarkan naluriyang telah ditetapkan allah iaitu makan dan minum, tempat tinggal dan keperluan untuk membiak keturunannya.

Oleh kerana haiwan hidup tidak berpandukan akal fikiran, haiwan terlepas daripada beribadat dan perbuatannya tidak dikira dosa atau pahala. Sebab itulah manusia disuruh berlapang dada dan memaafkan haiwan yang tersasar masuk ke dalam kebun atau pertanian.

Lihatlah bagaimana Islam menyuruh umatnya bersikap lemah lembut terhadap haiwan yang tidak berakal. Bayangkanlah kekejaman yang biasa dilakukan terhadap haiwan yang menceroboh kawasan pertanian. Ada yang disimbah dengan asid, ditetakdengan parang dan dipukul dengan kayu sehingga patah kaki. Dalam suatu hadith Rasulallah yang diriwayatkan oleh Anas RA. menguatkan kagi tentang hal ini yang bermaksud: " seseorang Muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala."

Thursday, April 1, 2010

NEVER CELEBRATE APRIL FOOL!!!

APRIL'S FOOL DAY : hari dimana boleh menyakiti orang lain

Cerita menyedihkan disebalik April Fool

Hari ini tepat tanggal 1 April, biasanya banyak diantara kita akan begitu sibuk dan bersiap siap untuk merayakannya dengan membuat perancangan besar untuk MENIPU orang lain / sahabat / saudara terdekat kekasih dan bahkan orang tua sendiri. Budaya tersebut begitu mudah melekat, seakan akan pada tanggal 1 April tersebut, kita boleh berbuat DOSA.

Kepala kita penuh dengan rancangan mencari mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu sedang bekerja atau sedang makan pun kita akan mencari cara dan membuat rencana 'penganiayaan' ini. Yang penting kita ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Padahal baru saja mereka diberikan ucapan Kasih Sayang pada hari St.Valentino 14 Feb Lalu. Ini adalah sebuah Kekonyolan disamping juga bertentangan dengan Aqidah dan tidak membawa manfaat sedikitpun.

Sewaktu masa sekolah dahulu, pernah saya terbaca tentang suatu tragedi yang terjadi pada tanggal 1 April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan, 'Aku ceraikan kamu dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk bergurau. Isterinya yang pada mulanya tercengan-cengang terus meraung, kemudian si suami dengan muka tanpa rasa berdosa kemudian mengucapkan 'April Fool!!'. Setelah itu, giliran si suami pula untuk meraung saat diberitahu bahwa talak yang dilafazkan tersebut telah jatuh!!!.

Wahai umat Islam, berhati hatilah terhadap budaya ini..... hindari diri kita dari berbuat zalim apalagi April Fool bukanlah budaya Islam.

Tetapi tahukah anda berapa banyak diantara kita yang tidak mengetahui kenyataan pahit Sejarah yang menimpa umat Islam Spanyol di sebalik perayaan April Fool???

Tragedi Pembantaian Umat Islam Spanyol

QS Albaqaroh 2:120*** Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yg benar)". Dan sesungguh nya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengeta huan datang kepadamu, maka Allah tdk lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Sebagaimana firman Allah SWT tersebut, sepanjang masa, tidak akan pernah hilang keinginan mereka ya'ni musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan memadamkan cahaya Allah SWT dalam jiwa-jiwa umat Islam. Berbagai cara akan mereka lakukan, termasuk sejarah pembantaian muslim Spanyol pun 1 April berkembang menjadi perayaan April Fool.

Dahulu kala, Muslim Spanyol bukan hanya beragama Islam namun mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur'an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur'an. Mereka selalu berkata tidak mahu musik, tidak mahu bir dan juga segala hal yang diharamkan dalam Islam. Jika mereka membaca tentang hijab di Al-Qur'an, mereka terus mempraktikkannya tidak seperti kebanyakan kita.

Kaum Kafir berusaha membersihkan Islam dari kekuasaan Spanyol, namun usaha mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi tidak juga berhasil. Lalu mereka mengirim spy ke Spanyol untuk mempelajari Islam dan menemukan bahawa kekuatan yang dimiliki kaum Muslim adalah iman & taqwa. Setelah kaum Kristian mengetahui kekuatan umat Islam, mereka mencari strategi untuk menghancurkannya.


Mereka memulainya dengan mengirim alkohol dan cigarette secara percuma kepada mereka. Taktik ini cukup berhasil dan melemahkan keyakinan umat Islam terutama kaum muda. Hasil dari usaha ini, Spanyol jatuh dari kekuasaan umat Islam dan mengakhiri penguasaan umat Islam terhadap Spanyol selama beratus-ratus tahun.

Daerah terakhir yang jatuh kepada kekuasaan kaum Kristian adalah Grenada (Ghornata) pada tanggal 1 April.

Di sebalik perayaan April Fool's Day ini, dipercayai bahawa April Fool mula dirayakan pada saat kejatuhan kerajaan Islam di Spanyol. Setelah sekian lama berkuasa di Granada, Spanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentara-tentara Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentara-tentara Kristian tidak puas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Spanyol.

Penduduk-penduduk Muslimin ini dipercayai bahawa mereka dibenarkan berlayar keluar dari Spanyol dengan barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

Orang-orang Muslimin khuwatir dan curiga atas tawaran tersebut, mereka khuwatir tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, kemudian mereka pergi ke pelabuhan untuk melihat apakah ada kapal yang dimaksud oleh tentara Kristian dan setelah dilihat keberadaan kapal-kapal di pelabuhan, mereka pun membuat persiapan untuk berlayar.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada saat itulah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Bahkan mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya dirayakan oleh tentara Kristian. Perayaan ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Spanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool's Day.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil pun turut memperingati April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan saudara se-Islam mereka sendiri.

Wahai umat Islam, berhati hatilah terhadap budaya ini..... hindari diri kita dari berbuat Zalim. Ingatkanlah saudara saudara kita sesama muslim.

- Ingatlah bahawa tanggal 1 April adalah hari pembantaian umat Islam Spanyol.

- Dan yang penting dalam Al Quran & Hadith tidak ada perintah dimana boleh menipu orang lain sebagai bahan gurauan.

Terlepas dari apapun sejarahnya gurauan / Fool tersebut, mereka para musuh musuh Islam yang berlindung dibalik retorika Toleransi, Demokrasi, Liberalisasi, HAM, Persamaan Gender atau senjata Bush Laknatullah yang popular saat ini "War on Terrorism dan Iraqi Freedom" percayalah mereka sangat serius ingin memudarkan cahaya Islam.


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Amiiin

QIAM KRU TUARAN KALI-3, 2010

27-28 Mac
Masjid An-Nur, Tuaran

Alhamdulillah, Kelab Remaja Ukhuwwah cawangan Tuaran berjaya melaksanakan Qiam kali ini dengan bertemakan Maulidur-Rasul 'Sunnah Rasulullah'. Antara fokus ceramah yang disampaikan ustaz Satar ialah :

Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Apa yang istimewanya pada Qiam kali ini ialah KRU dengan bantuan PSS mengadakan jamuan khas buat adik-adik KRU sempena meraihkan adik-adik KRU yang berjaya menduduki peperiksaan PMR, SPM, dan STPM 2009.

Terima kasih kepada pihak PSS yang telah membuat kejutan yang tidak disangka-sangka untuk adik-adik KRU. Semoga segala usaha PSS ini dapat menjadikan batu lonjatan kepada adik-adik yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM, mahupun STPM pada tahun ini untuk lebih berusaha ke arah kejayaan dan memajukan diri dalam kehidupan serta demi agama Islam yang tercinta. Terima kasih juga kepada individu yang sudi sponsor kek. Tahun depan sponsorlah lagi.


Sahabat-sahabat PMR, SPM, dan STPM yang tidak hadir/lewat bolehlah copy kek ni untuk kenang-kenangan. Hehe...


Calon muslimin yang diraih bersama Presiden PSS Tuaran.


Calon muslimat yang diraih bersama Timbalan Presiden PSS Tuaran.


Sedapnyaa..