Islam is Universal, Islam for all!!!

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Sunday, April 11, 2010

MENGASIHI HAIWAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Islam adalah suatu cara hidup yang penuh dengan kelembutan dan kasih sayang. Sikap zalim adalah dilarang bukan sahaja kepada manusia malah kepada haiwan. Haiwan adalah makhluk ciptaan Allah yang turut mempunyai hak-hak tertentu yang wajib ditunaikan manusia. Melanggar hak tersebut dikira berdosa di sisi Allah. Rasulallah telah menegaskan mengasihi haiwan akan diberi pahala, manakala menzaliminya akan mendapat dosa.
Rasulallah pernah ditanya sahabat: "Wahai Rasulallah! Kalau kami mengasihi binatang apakah kami akan mendapat pahala?"
Rasulallah menjawab: "Setiap hati yang pengasih mendapat pahala."

Kehidupan haiwan sebenarnya tidak sekompleks kehidupan manusia. Manusia mempunyai kehendak dan nafsu yang pelbagai. Adakalanya kehendak dan nafsu manusia itu melampau dan terlalu sukar untuk dicapai. Berbanding dengan haiwan yang hidup berdasarkan naluriyang telah ditetapkan allah iaitu makan dan minum, tempat tinggal dan keperluan untuk membiak keturunannya.

Oleh kerana haiwan hidup tidak berpandukan akal fikiran, haiwan terlepas daripada beribadat dan perbuatannya tidak dikira dosa atau pahala. Sebab itulah manusia disuruh berlapang dada dan memaafkan haiwan yang tersasar masuk ke dalam kebun atau pertanian.

Lihatlah bagaimana Islam menyuruh umatnya bersikap lemah lembut terhadap haiwan yang tidak berakal. Bayangkanlah kekejaman yang biasa dilakukan terhadap haiwan yang menceroboh kawasan pertanian. Ada yang disimbah dengan asid, ditetakdengan parang dan dipukul dengan kayu sehingga patah kaki. Dalam suatu hadith Rasulallah yang diriwayatkan oleh Anas RA. menguatkan kagi tentang hal ini yang bermaksud: " seseorang Muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman, lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala."

No comments:

Post a Comment