DOA KHUSUS AKHIR TAHUN HIJRAH – 29 ZULHIJJAH
Doa Akhir Tahun
Segala puji hanya layak untuk
ALLAH, TUHAN semesta alam. Selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad dan juga keluarganya dan juga para sahabat seluruhnya. Ya
ALLAH,
apa-apa kami lakukan pada tahun ini yang sesetengahnya ENGKAU larang
dari kami melakukannya sedangkan kami belum bertaubat, dan ENGKAU pun
belum meredainya, walaupun ENGKAU belum mahu melupakannya, namun ENGKAU
masih mengasihi kami setelah menghukum kami, dan ENGKAU masih
menganjurkan kepada kami supaya bertaubat selepas kami melakukan
maksiat, maka dengan ini kami memohon ampun, maka ampunilah kami. Dan
manakala apa-apa kebaikan yang kami lakukan mendapat reda-MU, ENGKAU
janjikan pula pahala untuk kami, maka dengan ini kami memohonnya kepada
ENGKAU wahai TUHAN yang punyai ketinggian dan kemuliaan, terimalah
apa-apa dari kami dan janganlah ENGKAU kecewakan harapan kami ini.
Semoga
ALLAH merahmati Saidian Muhammad dan kaum
keluarganya, juga para sahabatnya. Dan sekali lagi ditegaskan segala
puji hanya layak untuk
ALLAH, TUHAN semesta alam.
* Doa ini dibaca sementara menanti waktu Maghrib pada malam 29 Zulhijjah.
DOA KHUSUS AWAL TAHUN HIJRAH – 1 MUHARRAM
Segala puji hanya layak untuk
ALLAH, TUHAN semesta
alam. Selawat dan salam ke atas saidina Muhammad semulia-mulia Rasul
dan kaum keluarganya, juga para sahabat seluruhnya. Ya
ALLAH,
ENGKAU-lah yang kekal, yang sedia ada dari awalnya lagi, dan ENGKAU-lah
yang mempunyai limpah kurnia yang besar dan pemurah yang melimpahi,
maka pada tahun yang baru menjelang ini, kami memohon benteng
perlindungan dari gangguan syaitan yang direnjam dan pemimpinnya, juga
tentera-tenteranya. Juga minta bantuan dari gangguan nafsu amarah yang
sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan dipohon pertolongan dengan
apa-apa yang boleh mendekatkan aku kepada-MU wahai TUHAN yang punyai
ketinggian dan kemuliaan, wahai TUHAN yang amat Mengasihi. Dan semoga
ALLAH
rahmati Saidina Muhammad, Nabi yang ummi dan kaum keluarganya, juga
sahabatnya. Dan segala puji-pujian untuk TUHAN Semesta alam.
* Doa ini dibaca selepas Maghrib malam 1 Muharram. Sesiapa yang
membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada
godaanku pada tahun ini kerana ALLAH telah mewakilkan dua Malaikat
memeliharanya daripada fitnah syaitan.”
KELEBIHAN PUASA BULAN MUHARAM
Daripada Abi Hurairah Radiallahu anhu ia berkata,
Rasulullah s.a.w telah bersabda : “Seafdhal – afdhal puasa selepas
daripada bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram”.
Daripada Ali bin Abi Talib Radiallahu anhu ia berkata : “Seorang
lelaki bertanya kepadaku: Bulan apakah yang engkau mahu perintahkan
kepadaku supaya aku berpuasa selepas bulan Ramadhan?”. Ali Radiallahu
anhu berkata : Aku tidak pernah dengar seseorang yang bertanya tentang
hal ini kecuali seorang lelaki yang aku dengar ia bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. pada hal aku sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w.
maka lelaki itu bertanya kepada Rasulullah s.a.w. : Ya Rasullulah bulan
apakah yang engkau nak perintah kepadaku supaya aku berpuasa selepas
bulan Ramadhan? Rasulullah s.a.w. menjawab : Jika engkau mahu berpuasa
selepas bulan Ramadhan maka puasalah pada bulan Maharram kerana
sesungguhnya bulan itu adalah bulan Allah.
KELEBIHAN PUASA PADA HARI ASYURA’
Daripada Ibni Abbas Radiallahu anhuma berkata bahawa Rasulullah s.a.w.
telah berpuasa pada hari Asyura’ dan memerintahkan manusia supaya
berpuasa pada hari itu. Makna hari Asyura’ ialah hari yang kesepuluh
daripada Muharram dan berpuasa pada hari itu adalah sunnat yang
dituntuti kerana Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa setahun
yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muasawi. Dan
berpuasa pada hari Arafah, Allah menghapuskan dosa orang yang berpuasa
2 tahun yang lalu kerana sesungguhnya hari itu adalah hari Muhammad.
Pada asal kalimat, berpuasa pada sepuluh hari bulan Muharram adalah
perintah wajib. Tetapi, kerana telah di nasakhkan menjadi sunnat, maka
perintah puasa pada hari Asyura’ itu amatlah besar pahalanya.
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Ibnu Abbas r.a pernah
ditanya mengenai masalah berpuasa pada hari Asyura. Beliau menjawab:
Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehari pada hari
Asyura kerana mencari kelebihan iaitu fadhilat yang tidak ada pada
hari-hari yang lain selain dari hari ini.
Daripada A’isyah Radiallahu anha ia berkata : Adalah hari Asyura’
itu satu hari yang telah berpuasa oleh orang Qurais pada zaman
jahiliyyah dan adalah Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah ia pun berpuasa
pada hari itu dan ia memerintahkan manusia supaya berpuasa. Apabila
puasa bulan Ramadhan telah di fardukan, maka puasa pada hari Asyura’
itu tidak menjadi wajib lagi dan mereka pun meninggalkan amalan
berpuasa pada hari Asyura’. Maka barangsiapa menghendaki, hendaklah
berpuasa dan barangsiapa tidak menghendaki bolehlah meninggalkannya.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar r.a katanya: Orang-orang
jahiliah berpuasa pada hari Asyura. Rasulullah s.a.w dan orang-orang
Islam, sebelum diwajibkan berpuasa bulan Ramadan, juga berpuasa pada
hari tersebut. Setelah puasa Ramadan diwajibkan, Rasulullah s.a.w
bersabda: Sesungguhnya Asyura itu adalah hari-hari Allah. Sesiapa yang
ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa,
dibolehkan berbuka.
10 MUHARRAM (HARI ASYURA’) MENINGGALKAN BANYAK PERISTIWA SEJARAH DIANTARANYA:
1) Arasy, kurshi dan Syurga dicipta.
2) Langit, matahari, bulan, bintang dan bumi dicipta.
3) Nabi Adam dicipta dari tanah.
4) Nabi Adam dimasukkan ke dalam Syurga.
5) Taubat Nabi Adam diterima ALLAH.
6) Bahtera Nabi Nuh mendarat di bukit Judi.
7) Nabi Ibrahim keluar daripada api.
Penglihatan Nabi Yaakub pulih semula.
9) Nabi Yusuf keluar dari perigi.
10) Nabi Ayub sembuh daripada menderita penyakit kulit.
11) Nabi Musa selamat menyeberangi lautan sementara Firaun dan pengikut²nya tenggelam ke dalam lautan Merah.
12) Nabi Sulaiman dikurniakan semula kekuasaan (kerajaan).
13) Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun.
14) Nabi Isa dilahirkan.
15) Nabi Isa diangkat kelangit.
16) Hujan turun buat kali pertama kalinya membasahi bumi