Halal kah? Cuba check apa ramuannya?
Assalamualaikum, untuk makluman, bagi bahan makanan/perasa/emulsifier yang bertanda e-coded seperti E 471, E 122 dan lain-lain adalah berkemungkinan ianya haram atau halal dengan merujuk terlebih dahulu kepada sumber yang digunakan dalam penghasilan bahan-bahan tersebut. Merujuk kepada E 471 (bahan emulsifier makanan), ia mempunyai 2 kemungkinan iaitu boleh diperbuat dari bahan yang halal atau haram. Oleh sebab itu bagi sesetengah makanan yang diperbuat di Malaysia, yang telah disahkan halal oleh JAKIM tetapi terdapat penggunaan E471, diharap para pengguna tidak panik kerana JAKIM telah memastikan bahawa bahan tersebut adalah bersumberkan kepada bahan yang halal. Emulsifier 471 boleh diperbuat dari sumber lemak haiwan dan sumber lemak tumbuhan, bagi produk import atau luar negara, pengguna Muslim perlulah berhati-hati kerana tidak ada pengesahan yang dapat dibuat bagi menentukan kehalalan bahan tersebut, tetapi selagi produk itu diperbuat di Malaysia dan telah mendapat pengesahan halal JAKIM, insya-allah produk/bahan tersebut telah dikenal pasti dari sumber yang halal walau pun menggunakan kod yang sama dengan bahan yang dikhuatiri haram.
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL...
Sumber :-
1. http://mkgraja.com/modules/wordpress/?p=8
2. http://www.halal.gov.my/v2/
salam ukhti.
ReplyDeleteYa Allah, umat Islam diserang dan dihancurkan dari pelbagai sudut dalam kehidupan kita. Terima kasih kerana berkongsi. Semoga kita menjadi hamba-Nya sedikit. Teruskan usaha dakwah ya.
Selamat berbuka. ^_^