Yvonne Ridley
Yvonne Ridley adalah seorang wartawan Daily Express di
Britain. Beliau telah dilahirkan dalam keluarga Protestant dan menyanyi
di sekolah Hari Sunday di kampungnya di Utara England. Beliau tidak
mempunyai pengetahuan tentang Is...lam kecuali cerita yang mengatakan
bahawa Islam menindas wanita, penuh dengan kejahatan dan agama yang
ganas. Vyonne Ridley telah masuk ke Afghanistan secara tidak sah lalu
ditangkap oleh Taliban. Semasa berada di dalam tahanan Taliban, Ridley
berfikir yang bukan-bukan tentang Taliban dan menunggu sahaja saat dia
akan dikerjakan oleh Taliban yang sangat ganas ini seperti yang
dibayangkan oleh Presiden Bush.
Menurut Ridley orang yang paling
beliau ingin temui ialah Mullah Omar. Beliau ingin bertanya kepada
Mullah Omar mengapa mereka melayan wanita-wanita Islam dengan buruk
sekali. Seorang Taliban telah bertanya kepadanya sama ada beliau mahu
memeluk Islam atau tidak. Ridley tidak menjawab pertanyaan tersebut
tetapi sebaliknya berjanji sekiranya beliau dibebaskan beliau akan
mempelajari agama Islam. Setelah dibebaskan beliau telah membaca
al-Qur`an dan ingin mengetahui bagaimana pandangan al-Qur`an tentang
wanita.
Pandangan Ridley Tentang Wanita Dalam Islam dan Barat
Menurut
Ridley, dalam usahanya untuk mempelajari tentang Islam, beliau terlebih
dahulu mengkaji kenyataan al-Qur`an tentang wanita termasuk
undang-undang pemilikan harta dan hukum-hukum penceraian. Menurut
Ridley beliau "tercengang" apabila membaca al-Qur`an dan berfikir
beliau sedang membaca satu undang-undang yang ditulis oleh peguam
penceraian dan Hollywood. Beliau sangat gembira kerana dalam al-Qur`an
wanita-wanita mempunyai hak yang sama dalam pendidikan dan kerohanian
tetapi al-Qur`an juga mengiktiraf beban tambahan yang ditanggung oleh
wanita dalam melahirkan anak, dan menyusukan anak.
Menurut
Ridley, pristiwa 11 September 2001 di mana serangan dilakukan ke atas
Pusat Dagangan Dunia di New York dan Pentagon yang dikaitkan dengan
"Pengganas Islam" telah menyebabkan perkara terbaik dan terburuk bagi
Islam. Selepas peristiwa tersebut ramai masyarakat Britain seperti
beliau membaca al-Qur`an dan manuskrip Islam untuk mencari surah mana
yang menyuruh umatnya mengganas. Menurut jawapan yang dicari mereka
tidak ditemui tetapi sebaliknya mereka menemui banyak ajaran mulia
seperti kehidupan kekeluargaan yang kini sudah tidak wujud di Barat.
Ini menyebabkan Islam menjadi agama yang paling cepat berkembang dan
inilah yang menyebabkan negara-negara bimbang. Dalam mengulas tentang
al-Qur`an beliau menyatakan bahawa al-Qur`an merupakan satu rujukan
yang cukup lengkap dan canggih.
Kini Yvonne Ridley telah pun
menganut agama Islam dan menjadi seorang tokoh pejuang hak asasi
manusia. Beliau juga bergiat dalam arena politik dengan menyertai dan
bertanding dalam pilihanraya dalam sebuah parti baru yang bernama
Respect. Dalam memperjuangkan Islam, beliau pernah berkata bahawa
beliau pernah merasai keadaan yang terburuk menimpa dirinya dan
menganggap cabaran yang beliau hadapi sebagai seorang wanita Islam yang
menutup aurat sebagai kecil sahaja.
No comments:
Post a Comment