Islam is Universal, Islam for all!!!

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Sunday, June 10, 2012

Kembara Dakwahku 1

9hb Jun 2012

Perjalanan pulang menuju destinasi masing-masing setelah selesai program terakhir musim cuti sekolah membuatkan jiwa berasa lega. Segala kekusutan dan bebanan yang ditanggung sepanjang mengurus program terlerai. Dalam diam hati diselubungi 1001 macam perasaan untuk digambarkan saat kaki melangkah meninggalkan Kampung Saradan, Program Ziarah Kampung Angkat sesi 2012.

Dalam perjalanan pulang menaiki bas yang dicarter, suara gelak tawa dan gurau senda sahabat-sahabiah dalam bas tersebut tidak kedengaran. Saya tersenyum sendiri seolah-olah faham akan perasaan mereka. Fikiran jauh menerawang ke alam khayalan. Sesekali tersenyum sendiri, sesekali terasa titisan air mata jatuh membasahi pipi. Perasaan gembira dan sedih bermain dikotak fikiransilih berganti. Masih terngiang-ngiang pesanan sang murabbi ketika kami balik ke rumah keluarga angkat masing-masing.

Sang murabbi : "Apa perasaan Sarah sepanjang mengurus program yang berjurut dari awal cuti sekolah hingga dah nak balik ke sekolah ni?"

Penulis : (tidak terucap sebarang kata-kata dari bibirku, hanya mampu tersenyum...)

Sang murabbi : "Penat memang penat, fizikal penat tapi rohani kenyang kan.. Kerja dakwah memang macam ni. Perjalanan dakwah bukan perkara yang mudah, bukan jalan yang direntang dengan permaidani merah."

Penulis : (saya mengangguk-angguk kepala tanda setuju.)

Sang murabbi : "Takpa Sarah, projek kita ni projek jangka panjang. Cuba ingat pengorbanan Nabi Muhammad ketika baginda berdakwah di kota Taif, baginda tidak melihat umat Islam disekelilingnya. Namun baginda tidak pernah berputus asa. Baginda berkata 'Tak mengapa, kalau bukan mereka yang menerima risalah yang kubawa, pasti suatu hari nanti anak atau cucu cicit mereka yang akan menerima dan mengamalkannya.' Jadi jangan risau, janji Allah itu pasti.

Penulis : "Ya, betul." (hampir mentik air mataku terharu mendengar kata-kata murabbi. Begitulah sikap murabbi kami yang selalu memberi suntikan semangat kepada kami agar terus teguh dalam jalan dakwah ini.)

Apabila diimbas kembali, program yang dijalankan dalam persatuan itu sangat banyak. Program yang telah dirangka dalam takwim tahunan mahupun program yang dibuat atas permintaan beberapa pihak tertentu sentiasa memenuhi masa cuti hujung mingguku. Namun perasaan 'bosan' tidak pernah hadir dalam hati kerana terasa tanggungjawab diri terhadap keluarga dan masyarakat amat diperlukan, terutamaya dibumi Sabah tercinta ini.

Siri 'Ayat-ayat Cinta' bermula..
Fitrah manusia, lelaki tertarik akan wanita dan wanita suka akan lelaki. Tidak pernah terdetik dalam perasaanku mengimpikan balasan cinta manusia dalam kerja dakwah ini. 
"Ya Allah, Tuhan yang maha membalak-balikkan hati, tetapkan hatiku dalam jalan agamaMu dan jalan ketaatan kepadaMu."
Namun, aku tidak berani menolak qada' dan qadr sang Pencipta. Hanya kupinta padaMu, jika urusan ini baik untuk hidupku, agamaku, dan kerja dakwahku, aku terima seadanya.

Membilang Usia...
MasyaAllah, sedar tidak sedar usiaku bukan lagi dalam belasan tahun. Terkenang kenakalanku ketika memanjat usia remaja. Perjalanannya penuh dengan warna-warni hati remaja. Berdakwah cara remaja, bermain cara remaja dan bergurau senda cara remaja. Nasib baik hati tidak pernah terpaut pada 'cinta monyet' sang remaja. Apabila diri kini meningakt remaja dewasa, terasa pikulan tanggungjawab semakin bertambah namun umur semakin berkurang.

Terpanah dalam hati, mampukah dilunaskan segala tanggungjawab ini? Memikirkan kehidupan yang akan ditempuhi di alam IPT, mesti memerlukan transformasi. Cara berfikir perlu berubah, cara bertindak perlu berubah, cara memimpin juga berubah. Skop dakwah juga semakin luas. Jika dihitung, mana mungkin tanggugjawab ini terlaksana secara sempurna dengan masa yang sedikit.

Erti Hidup pada Memberi..
Teringat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Muslim daripada Amru Bin Maimun RA, bahawa Rasulullah saw berkata kepada seorang lelaki yang bermaksud;
“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum masa tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.

Rasulullah SAW bersabda: Sekali-kali tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba (manusia) pada Hari Kiamat nanti sehingga kepadanya ditanya tentang empat perkara:
-Tentang umurnya kemana dia habiskan
-Tentang masa mudanya kemana dia pergunakan
-Tentang hartanya dari mana dia perolehi dan kemana ia belanjakan
-Tentang ilmunya apakah yang dia amalkan. 
(Hadis Riwayat Al-Bazzar dan Al-Tabarany dengan sanad sahih)

Inilah yang menjadikan saya masih berada dalam jalan dakwah disamping sahabat-sahabiah seperjuangan yang sentiasa memahami antara satu sama lain.
"Thank You ya Allah!!! Alhamdulillah, Terima kasih ya Allah kerana Engkau masih mengurniakan sahabat-sabahat disisiku yang sangat memahami. Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka."


No comments:

Post a Comment