Islam is Universal, Islam for all!!!

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Thursday, January 16, 2014

Sahabat

Suatu hari, sewaktu ditanyakan akan para sahabat oleh as-syeikh Al-Imam Hassan Al-Banna.

"wahai sahabat-sahabatku, rasanya siapakah orang yang paling aku sayangi?"

Maka sahabat as-syeikh pun menjawab "semestinya engkau menyayangi isterimu" ada yang menjawab "mesti engkau menyayangi anak-anakmu" ada pula yang berkata "mesti engkau sayangi murid-muridmu".

Lantas as-syeikh Al-Imam Hassan Al-Banna menjawab
"ya! semua itu mmg aku sayangi, namun yang paling aku sayangi adalah para sahabatku, kerana dengan adanya kalian aku merasakan tidak bersendirian di atas jalan juang ini".

Para sahabat pun berasa terharu dgn ucapan as-syeikh Imam Hassan Al-Banna.

Kita ini lemah jika bersendirian. Kita kuat apabila berjamaah, kita tabah apabila berjamaah & kita bahagia bilamana berjamaah.



Friday, November 1, 2013

Kemenangan yang Tertangguh

Dengan nama Allah yang Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam atas junjungan besar kekasih kita nabi Muhammad S.A.W. kekasih agung yang dirindui tiap detik dan waktu.

Hari ini 31 Oktober 2013 bersamaan 26 ZulHijjah 1434 H Khamis, telah berlangsungnya proses buangan undi bagi mahasiswa & mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2013/2014. Keputusan keseluruhan bagi kampus induk Kota Kinabalu telahpun diumumkan selepas waktu maghrib tadi. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah, Allah memberi kami 4 pintu gerbang kepada perjuangan seterusnya. 


Walaupun diskriminasi agen-agen kami yang tidak dibenarkan masuk. Tidak mengapa, kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat atas tiap-tiap sesuatu. Sedangkan rakib & atid juga tidakkan pernah berhenti mencatat segalanya. Yang berlalu biarlah berlalu, namun kami tidakkan goyah kerana semua itu. Kami tahu itu semua auta, kerana kami bukan lagi anak-anak tadika yang bisa kalian perolok-olokkan dengan helah begitu. Kami juga belajar sistem undang-undang, perlembagaan & sistem pilihan raya. Namun biarlah kalian menjawabnya di akhirat kelak. Nawaitu di hati hanya Dia yang Maha Mengetahui kan. Kami Husnuzon, namun kami juga pelajar psikologi bha.

Diumumkan bahawa hanya 33.2% daripada mahasiswa & mahasiswi yang turun membuang undi untuk Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini. Suatu jumlah yang amat sangat menyedihkan. Ya ayyuha syabab ! Wahai pemuda-pemuda Islam! di manakah kalian ketika Islam memerlukan sokongan kalian? Hanya sokongan, bukan wang ringgit yang Islam minta wahai sahabat-sahabatku. Di manakah sifat amanah dalam diri kalian? Hilang sudahkah pemuda tegar dan gagah seperti Sultan Muhammad Al-Fatih & Salahuddin Al-Ayubi, yang bertindak walhal belum pun di suruh. 


Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak sedar bahawa di sinilah permulaan dakwah dan usaha kita menuju redha-Nya. Sahabat-sahabatku, andainya kita bukanlah orang-orang yang mampu untuk bersama-sama mereka berdiri di hadapan membentangkan manifesto itu & ini, namun tidakkah cukup setidak-tidaknya kita bisa menjadi tulang belakang kepada kejayaan mereka dalam membawa jalan dakwah ini. Lillahi, walau sekecil zarah usaha kebaikanmu akan dicatatkan wahai anak adam. Tidakkah kalian terfikirkan di hari hisab nanti, setidak-tidaknya kalian mampu menjawab begini apabila di tanya, "Wahai Allah & Rasulullah s.a.w., aku adalah insan yang menjadi tulang belakang dalam usaha mereka ini, aku tidak mampu untuk bersuara lantang seperti mereka, berdiri tegar dihadapan seperti mereka, namun setidak-tidaknya akulah yang menjadi asbab kepada titik-tolak permulaan perjuangan mereka ini". 


Rabbi yasir wala tu'asir sahabat2. Bi taufiq wannajah untuk kita semua. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan & penjagaan-Nya. Allahumma Amin. InsyaAllah. 


Kepada sahabat-sahabat calon yang belum ada rezeki, mungkin inilah kejayaan tertangguh yang Allah sedang janjikan buat kalian. Jadikan hari ini suatu pengalaman indah dalam catatan diari kalian kerana Allah dan para malaikat melihat usaha kalian hari ini. Kalian tetap menjadi JUARA dihati kami. Sesungguhnya DIA sentiasa memberi kita dengan Cinta Nya, sedangkan kita hanya meminta dengan cita-cita. 






Buat sahabat-sahabat calon yang sudah tercatat hari ini adalah permulaan perjuangan kalian, kami meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kalian, bahawa kalianlah suara-suara kami nantinya. Namun kami juga rela menjadi tangan-tangan kalian bagi sama-sama melaksanakan perjuangan ini bersama. Dan andainya dalam meniti detik-detik perjuangan ini nanti kalian berasa letih dan lelah, kami relakan bahu ini sebagai sandaran buat kalian agar kalian tidak rebah dan jatuh. 

"Sesungguhnya tidak beriman seorang hamba itu melainkan ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.." 


"Islam itu bukan berkenaan 'saya adalah lebih baik daripada kamu', melainkan Islam itu adalah berkenaan 'biar saya tunjukkan kepada kamu sesuatu yang lebih baik'.."


"Pemimpin bukan lahir daripada kuliah dan kelas2 tutorial, tetapi pemimpin lahir dari kesengsaraan rakyat jelata.." "Biar kita susah sama susah, kita senang sama senang" Kata-kata ini sangat membekas dihati.

Thursday, July 4, 2013

Dr. Morsi, Tabahkan Hatimu.


Sebagai umat Islam yang sihat jiwanya untuk melihat agama sejahtera Islam kembali memurnikan dunia yang sedang tenat di bawah pemerintahan manusia yang rakus dengan fatamorgana yang berupa pangkat, kekuasaan, darjat atau kuasa yang diluar keredhaan ALLAH S.W.T.

Andai jihad Dr. Morsi untuk menegakkan hukum Allah di bumi Mesir itu sebagai jenayah, andai jihad Dr. Morsi untuk membantu negara Islam yang ditindas seperti Palestin, Syiria dan lainnya sebagai perkara yang menyusahkan dunia, maka ingin saya tegaskan bahawa sebenarnya merekalah penjenayah sebenar dunia yang wajib ditumbangkan iaitu Israel dan sekutunya termasuk yang berkonspirasi untuk menjatuhkan Dr. Morsi.

Berhubung hal tersebut, puak-puak yang membenci hukum Allah atau penjenah dunia ini bimbang akan kebangkitan kerajaan yang telus dan tekun dalam memerintah umat kembali kepada negra yang benar-benar membawa kebajikan dunia akhirat tidak kira agama, kaum, darjat, pangkat dan bangsa.

"Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya" [Surah As-Saff: 8]

- 'Amir' -

Seorang rakan juga menyatakan:

Mungkin dia dikatakan diktaktor sebab dia membuka pintu antara Mesir dan Palestine. Dia juga mengiktiraf FSA dia juga membenarkan pejuang Mesir untuk berjuang di Syria, dia juga Anti-Syiah. Dia memusuhi yahudi dan US. Dia juga antara pemimpin yang hendak menegakkan Islam di zaman pemerintahannya, dan dia tolak sekular.




Ceritera Cuti Semester Ini...

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur dipanjatkan kepada Sang Pencipta alam, Rabbul Jalil. Terlalu banyak nikmat yang telah dikurniakan kepada hambaNya walaupun sang hamba ini seringkali leka dan alpa. Sehingga ke hari ini, nikmat kesihatan yang masih kurasakan ini membawa aku lebih bersyukur walau terkadang leka.

Musim cuti inilah berpeluang bertemu dan berprogram bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang menuntut di IPTA tempatan mahupun semenanjung. Apabila setahun dua tidak bersua, nampak perbezaan pada mereka, iaitu semakin matang menuju dewasa. Dan aku? Pastinya umur yang sudah meningkat dewasa ini juga begitu. InsyaAllah.

Selesai sahaja exam semester dua, kakak usrah mengajak kami ke suatu tempat yang cukup indah. Sambil meraihkan kakak usrah yang bakal buat praktikal mulai semester hadapan.

Tahniah Kak A.G. Tak lama lagi nak konvo... :-)



Thanks kak A.G, Im seafood lover.. ^_^

Tomyam special


Qiamullail dan Rehlah Jun. Pulang ke rumah selepas habis paper exam, rehatkan minda sehari dua dan mengerahkan kudrat semampu mungkin bagi mengelakkan diri dari sikap bermalas-malasan berada di rumah.
AJK Makanan yang bertungkus-lumus 

 Kuliah dasar


 Explorace: betul ka checkpoint kami ni??



 Muslimin confirmlah futsal tetap dihati.


 Barbeque time..

Makan berjemaah sunnah nabi :-)

Menziarahi sekolah lama, banyak kenangan terlukis indah dalam ingatan. Semasa berada dalam kampus, zaman persekolahan sering muncul menari-nari dalam kotak khayalan. Terlalu banyak kenangan yang mencuit hati. Sudah setahun lebih meninggalkan sekolah ini,
 Selamat datang Sarah... :-D

 Surau Al-Hidayah

 Tugu

 Rindu Kiosk itu, rindu PUM



 Selain gamelan, SMKT juga terkenal dengan Muzik Bamboo



 Rindu uniform itu...



 Wah, ada bangunan baru dibina..

KRIS KB 6.0, SMK Usukan, Kota Belud. Alhamdulillah, lamaran program tidak pernah putus sepanjang cuti ini. Terima kasih sahabat-sahabat KB sudi menjemput kami.




Mencedok ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan masa hadapan

Fasilitator didatangkan dari IPG Keningau
 si kembar. Sampai sekarang masih konfius mana satu yang mana satu...~



Barisan fasilitator muslimat.

“Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya kita dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini. Jika kita merasa kita yang memulakan perjuangan ini, kita akan sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakan dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para nabi sehinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang.” (As-Syahid Syed Qutb)