Islam is Universal, Islam for all!!!

"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agamaKu, nescaya Aku akan menolongmu serta meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad:7

Friday, November 1, 2013

Kemenangan yang Tertangguh

Dengan nama Allah yang Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam atas junjungan besar kekasih kita nabi Muhammad S.A.W. kekasih agung yang dirindui tiap detik dan waktu.

Hari ini 31 Oktober 2013 bersamaan 26 ZulHijjah 1434 H Khamis, telah berlangsungnya proses buangan undi bagi mahasiswa & mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2013/2014. Keputusan keseluruhan bagi kampus induk Kota Kinabalu telahpun diumumkan selepas waktu maghrib tadi. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah, Allah memberi kami 4 pintu gerbang kepada perjuangan seterusnya. 


Walaupun diskriminasi agen-agen kami yang tidak dibenarkan masuk. Tidak mengapa, kerana Allah Maha Mengetahui dan Maha Melihat atas tiap-tiap sesuatu. Sedangkan rakib & atid juga tidakkan pernah berhenti mencatat segalanya. Yang berlalu biarlah berlalu, namun kami tidakkan goyah kerana semua itu. Kami tahu itu semua auta, kerana kami bukan lagi anak-anak tadika yang bisa kalian perolok-olokkan dengan helah begitu. Kami juga belajar sistem undang-undang, perlembagaan & sistem pilihan raya. Namun biarlah kalian menjawabnya di akhirat kelak. Nawaitu di hati hanya Dia yang Maha Mengetahui kan. Kami Husnuzon, namun kami juga pelajar psikologi bha.

Diumumkan bahawa hanya 33.2% daripada mahasiswa & mahasiswi yang turun membuang undi untuk Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini. Suatu jumlah yang amat sangat menyedihkan. Ya ayyuha syabab ! Wahai pemuda-pemuda Islam! di manakah kalian ketika Islam memerlukan sokongan kalian? Hanya sokongan, bukan wang ringgit yang Islam minta wahai sahabat-sahabatku. Di manakah sifat amanah dalam diri kalian? Hilang sudahkah pemuda tegar dan gagah seperti Sultan Muhammad Al-Fatih & Salahuddin Al-Ayubi, yang bertindak walhal belum pun di suruh. 


Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak sedar bahawa di sinilah permulaan dakwah dan usaha kita menuju redha-Nya. Sahabat-sahabatku, andainya kita bukanlah orang-orang yang mampu untuk bersama-sama mereka berdiri di hadapan membentangkan manifesto itu & ini, namun tidakkah cukup setidak-tidaknya kita bisa menjadi tulang belakang kepada kejayaan mereka dalam membawa jalan dakwah ini. Lillahi, walau sekecil zarah usaha kebaikanmu akan dicatatkan wahai anak adam. Tidakkah kalian terfikirkan di hari hisab nanti, setidak-tidaknya kalian mampu menjawab begini apabila di tanya, "Wahai Allah & Rasulullah s.a.w., aku adalah insan yang menjadi tulang belakang dalam usaha mereka ini, aku tidak mampu untuk bersuara lantang seperti mereka, berdiri tegar dihadapan seperti mereka, namun setidak-tidaknya akulah yang menjadi asbab kepada titik-tolak permulaan perjuangan mereka ini". 


Rabbi yasir wala tu'asir sahabat2. Bi taufiq wannajah untuk kita semua. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan & penjagaan-Nya. Allahumma Amin. InsyaAllah. 


Kepada sahabat-sahabat calon yang belum ada rezeki, mungkin inilah kejayaan tertangguh yang Allah sedang janjikan buat kalian. Jadikan hari ini suatu pengalaman indah dalam catatan diari kalian kerana Allah dan para malaikat melihat usaha kalian hari ini. Kalian tetap menjadi JUARA dihati kami. Sesungguhnya DIA sentiasa memberi kita dengan Cinta Nya, sedangkan kita hanya meminta dengan cita-cita. 






Buat sahabat-sahabat calon yang sudah tercatat hari ini adalah permulaan perjuangan kalian, kami meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada kalian, bahawa kalianlah suara-suara kami nantinya. Namun kami juga rela menjadi tangan-tangan kalian bagi sama-sama melaksanakan perjuangan ini bersama. Dan andainya dalam meniti detik-detik perjuangan ini nanti kalian berasa letih dan lelah, kami relakan bahu ini sebagai sandaran buat kalian agar kalian tidak rebah dan jatuh. 

"Sesungguhnya tidak beriman seorang hamba itu melainkan ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.." 


"Islam itu bukan berkenaan 'saya adalah lebih baik daripada kamu', melainkan Islam itu adalah berkenaan 'biar saya tunjukkan kepada kamu sesuatu yang lebih baik'.."


"Pemimpin bukan lahir daripada kuliah dan kelas2 tutorial, tetapi pemimpin lahir dari kesengsaraan rakyat jelata.." "Biar kita susah sama susah, kita senang sama senang" Kata-kata ini sangat membekas dihati.

No comments:

Post a Comment